Berdebar-debar rasanya nak menanti hari Selasa ini ( 8/9/2015) sebab UPSR akan bermula untuk semua pelajar darjah enam ini.
Peperiksaan terbesar untuk pelajar sekolah rendah. Debaran ini berlaku kerana anak aku akan mengambil peperiksaan tahun ini . Tapi as usual ibu bapa yang terlebih eksited...hehehehhehe.
Aku tengok, anak aku selamba jerrrr.. Baru jer tadi sama-sama menonton dvd cerita Robot Overlord. Nak tekan sangat pun rasanya tak berbaloi sebab lagi 2 hari nak periksa kan.
Biarlah dia rileks sikit, dari tadi aku tengok dia asik belajar jer kang terencat lak masa peperiksaan kalau kita tekan sangat anak kita kan , Tapi tu ler... zaman kita dulu kalau nak ada peperiksaan 1 minggu kita prep belajar tanpa henti!!
Tapi aku lihat anak aku rileks jer...risau juga hati ayah ini. But dalam hati aku kata aku trust otak anak aku ini...hehehehehhe. Sebagai ayah, di luaran kita rileks jer tapi dalam hati ini hanya kita yang tahu betapa kita menaruh harapan atas setiap kejayaan anak kita.
Zaman sekarang ini, mak bapa yang lebih-lebih kalau anak yang ambil peperiksaan. Bini aku siap ambil cuti 3 hari sebab nak beri sokongan moral lagi. Aku rasa bukan sokongan moral tapi tekanan moral ada lerrr...hahahahahahha.. Lantak ler...aku kerja macam biasa.
Aku selalu kata pada anak aku, kejayaan anda bergantung pada usaha anda. Kalau usaha kau 50% maka keputusan kau 50% lerrrrr. Simple like that.
As a parent, tugas kita lak cuba boost up 50% anda kepada 200% . Maka perjalanan ke arah 200% adalah perjalanan yang memeritkan buat anda.... perkara biasa yang anda akan dengar ialah leteran harian mak kau....kemudian pandangan tajam ayah kau ....
Tapi semua itu untuk kebaikan anda, namun abah dahulu pun pernah merasai suasana stress dari ibubapa ini. Memang benci sangat-sangat tapi bila kita dah dewasa baru kita faham tapi buat masa sekarang ni kau terima jerrrrr.... Jadikan stress itu sebagai motivasi untuk kau kehadapan bukannya mengundur ke belakang.
Aku mohon doa dari semua rakan agar doakan yang terbaik buat anak aku yek Hanis Bte Hanif yang akan mengambil peperiksaan UPSR ini.
Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2015 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tarikh peperiksaan UPSR 2015 ialah pada 8, 9 dan 10 September 2015, iaitu selama tiga hari.
0 Ulasan