Gambar Sekitar Kren Tumbang Di Makkah

Gambar Sekitar Kren Tumbang Di Makkah

Seramai 10 jemaah haji Malaysia cedera manakala enam lagi masih belum dapat dikesan dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram di Mekah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tujuh jemaah lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan stabil itu mengalami kecederaan seperti patah tulang kaki, cedera ringan di kepala dan patah pergelangan kaki.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 107 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir

Catat Ulasan

0 Ulasan