Aku adalah manusia yang terlewat menonton filem terbaru Hitman Agent 47, kesinambungan filem pertama Hitman, Tapi ia tidak kena mengenan langsung dengan episod pertama.
Rating untuk filem Hitman Agent 47 ini aku berikan 3/5 sahaja. Sebab aku lihat aksi yang dipertontonkan macam biasa sahaja. Memang sepanjang perjalanan filem ini penuh aksi tetapi bukannya aksi yang benar-benar umphhh.
Sekadar helikopter masuk ke dalam bangunan, adalah perkara dalam filem Hollywood yang banyak kali aku tengok dah..
Kedua logik tembak menembak filem Hitman Agent 47 pun boleh dipertikaikan sebab nampak sangat kepalsuannya hero boleh melawan berpuluh pihak lawan.
Gaya berlawan dan menembak memang ada...hehehehehe. Kalau anda biasa melihat filem aksi anda boleh katakan, aksi sebegitu wajar hero kena tembak lerrr..
Mainan perasaan gagal, aku tak melihat mainan perasaan atau belas kasihan Agent 47 dengan Kate. Terlalu kaku dan seolah-olah tidak meyakinkan.
Paling hampeh ialah gaya Kate yang bertukar menjadi ejen. Gaya jalan dia macam filem Hong Kong seolah-oleh macam best ajer.. Pengarah cuba tonjolkan perubahan Kate dari gadis pelarian kepada gadis pembunuh tapi mimik muka dan gaya berjalan dia macam best ...meluat lak aku ...hahahaha.
Tetapi untuk melihat filem Hitman Agent 47 sebagai tontonan santai bila penat bekerja memang berbaloi ler. Aku kasi 3/5 pun sebab isteri aku kata best. Mungkin pandangan dia berbeza dengan aku. Tak semestinya kritikan aku benar.
0 Ulasan