Hari ini aku membawa anak aku menonton filem sequent kedua Hotel Transylvania 2 yang sedang ditayangkan di pawagam. Memang penuh panggung wayang hari ini, dapat tempat duduk pun barisan kedua paling hadapan..
Ranking kaki wayang patut berikan pada filem ini ialah 5/5. Dahsyatkan ranking yang tak der belas kasihan ini.. Sebab filem Hotel Transylvania 2 ini memang terbaik!!! Dari mula hingga akhir ia memang kelakar dan pelbagai pengajaran dapat kita perolehi melalui filem ini.
Hotel Transylvania 2 ini mengisah Drac telah mempunyai cucu hasil perkahwinan anaknya Mavec dengan Johnny seorang manusia biasa.
Drac terbawa-bawa legasi ingin menjadikan cucunya sebagai puntianak dan bermulalah cerita apabila ia membawa cucunya ke semua tempat merbahaya agar cucunya dapat menjadi puntianak.
Bermulalah pengembaraan beliau bersama rakan-rakannya membawa cucunya. Ramai rakan-rakannya tidak bersetuju dengan tindakan Drac namun mereka ikutkan sahaja kehendaknya.
Namun naluri kasih sayang seoarang datuk melampaui segalanya. Beliau akhirnya sedar kasih sayangnya bukan semata-mata mahukan cucunya menjadi puntianak tetapi melebihi segalanya.
Pada masa yang sama anak perempuannya pula ingin berhijrah ke dunia manusia agar dapat membesarkan Danny ( cucu Drac) dalam persekitaran manusia biasa.
Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam keluarga ini tetapi pergolakan inilah yang menyatukan mereka. Anak-anak aku tergelak setiap kali melihat telatah Drac yang terlalu beria-ria mahukan cucunya menjadi puntianak.
Berjayakah Danny menjadi puntianak. Adakah Mavec akan berhijarah ke dunia manusia?
Semuanya akan terjawab apabila anda menonton filem Hotel Transylvania 2 keluarga ini.
0 Ulasan