Niat Murni Bilal Muda Dibalas Dengan Tikaman

Niat Murni Bilal Muda Dibalas Dengan Tikaman

Niat Murni Bilal Muda Dibalas Dengan Tikaman
Tengku SHAFIQ (tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya.
Niat murni seorang bilal muda menjaga sebuah motosikal yang kuncinya tertinggal di atas ken­deraan itu mengundang bala apabila dia disepak sebelum ditikam kerana disangka berhajat mencuri motosikal tersebut.

Kejadian malang itu berlaku pada pukul 12.30 tengah malam kelmarin di luar sebuah tapak funfair (tapak pesta ria) di Tanah Putih di sini membabitkan ­mangsa, Tengku Shafiq Tengku Adam Azli, 21.

Tengku Shafiq yang ber­asal dari Indera Mahkota 2 di sini dan merupakan pelajar Sekolah Kulliah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar di Pekan mengalami kecederaan parah di belakang badan akibat ditikam dengan pisau yang turut menembusi paru-parunya.

Dia bekerja sepenuh masa sebagai bilal di Masjid Tepian Putra di Kuantan.

Sebelum itu, rakan mangsa, Muhammad Riduan Md. Nazri, 26, berkata, dia bersama Tengku Shafiq dan Ahmad Hayatul Faiz Abdul Latif, 22, merancang untuk pergi ke pesta itu pada malam kejadian.

Namun, kata Riduan, dia dan seorang rakannya itu tiba lambat di funfair tersebut manakala Tengku Shafiq pula telah me­nunggu di luar funfair bermula pukul 9.30 malam.

“Tengku Shafiq yang me­nunggu kedatangan kami di luar tapak pesta itu tiba-tiba meng­hubungi kami memaklumkan penemuan kunci motosikal jenis Yamaha 125z yang tertinggal di atas motosikal itu.

“Tengku Shafiq memaklumkan dia akan menjaga motosikal itu sementara tuan kenderaan itu datang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam

Catat Ulasan

0 Ulasan