Permohonan SBP Tingkatan Satu

Permohonan SBP Tingkatan Satu

Permohonan SBP Tingkatan Satu

Satu lagi permohonan ke Tingkatan Satu selepas UPSR iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ini pun nak keputusan yang kaw-kaw!!!

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi pilihan utama pelajar cemerlang Ini kerana Sekolah berasrama penuh mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang malah dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang

Dibuka Minggu pertama bulan Oktober 2015 Ditutup
Pautan Portal Rasmi http://www.moe.gov.my

Nota :
Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa mengisi borang permohonan online SBP 2016 bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut

Ini kerana, sebarang kesilapan seperti tidak mengisi maklumat dengan betul dan tepat antara punca yang boleh menyebabkan permohonan calon untuk ke SBP gagal

Baca dan fahami dahulu panduan memohon yang disertakan pada laman permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengkapkan

SYARAT PEMILIHAN BAGI TINGKATAN SATU
Murid mestilah Warganegara Malaysia Dari Sekolah Tahun 6 Kebangsaan Memperolehi 5A Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Kriteria yang dinyatakan dibawah mungkin boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu:-
Murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan
Murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan aktif dalam kokurikulum

E



Catat Ulasan

0 Ulasan