Review Samsung Galaxy J7

Review Samsung Galaxy J7

Review Samsung Galaxy J7
Salam satu blogger. Samsung Galaxy J7 adalah smartphone pertengahan yang aku boleh katakan sebuah telefon pintar terbaik oleh Samsung. Pengalaman mengguna selama 2 minggu aku dapat rasakan beberapa kelainan dalam telefon pintar ini.

Pertama Samsung Galaxy J7 ini diperkuatkan dengan android terkini iaitu Lolipop yang memberi penambahan beberapa fungsi berbanding Note aku yang dahulu. Memang cukup mudah segala-galanya apabila mengguna android terbaru ini.

Kedua ialah kekuatan kameranya yang berkuasa 13 megapixel dan kelebihan kamera selfie 5 megapixel dengan flash menawarkan aspek lagak kepada rakan-rakan anda..hehehehehe. Bukan semua kamera selfie ada flash dan biasanya berkuasa 2 megapixel.

Kelajuan internet 4G dengan kuasa LTE memang cukup gah. Sebagai blogger aku amat puas hati dengan super laju internet Samsung Galaxy J7 ini. Tengok videopun tak sangkut-sangkut!!


Kelemahan Samsung Galaxy J7 ini ia tidak membuat kerja admin. Sebagai contoh kalau kau  nak screen shot gambar atau e-mail. Mahu tak mahu terpaksa download screen shot dari Google Play dan selepas download  kalau nak screen shot kena tekan butang home dan power serentak. Lecehkan.

Membuka fail selain pdf tak ler buka. Ini pun masalah sebab tempoh hari aku nak buka powerpoint tak boleh.Tapi kalau Note 1 aku, semua aktiviti admin hanya dihujung pen sahaja...hehehehehe.

Kuasa Ramnya yang kecil iaitu 1.5GB RAM masih membuat aku tak puas hati. Multitasking memang akan memberi masalah satu hari nanti. Apatah lagi kalau nak main game..

Tetapi aku faham Samsung Galaxy J7 ini bukanlah smartphone full spesifikasi tinggi tetapi cuma spesifikasi pertengahan. Sebab itu aku kata ianya terbaik dalam sirinya. Kalau kau nak menambahkan beberapa fungsinya download sahaja dari Google Play tetapi janganlah download macam-macam sebab RAMnya belum cukup ampuh.

Selain dari itu ianya memang terbaik!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan