Satu sidang media telah diadakan sebentar tadi mberikutan satu laporan kebocoran kertas soalan upsr tahun 2015.
Menurut jurucakap kementerian pendidikan satu siasatan akan dilakukan secepat mungkin dan tarikh baru peperiksaan ulangan bagi kertas tersebut akan diberitahu kelak.
Kementerian memandang berat kes ini kerana walaupun prosedur operasi standard telah di ikuti dan langkah2 keselamatan diperketatkan ,namun perkara ini masih berlaku. Ini satu perbuatan jenayah yang patut dikecam.
Seterusnya beliau memohon maaf kepada semua warga pendidikan, ibu bapa dan semua calun yang terlibat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu kejadian kebocoran kertas soalan upsr bagi matapelajaran Bahasa Malaysia yang berlaku di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Arau ,Perlis.
Dalam aduan tersebut seorang pelajar telah menemui kertas soalan yang bocor dan memberitahu pegawai peperiksaan yang kemudiannya menjadi kecoh disebabkan ibu bapa yang marah dan tidak berpuashati.
Bagaimana pun keadaan dapat di selesaikan dengan campur tangan guru besar sekolah tersebut, puan Ng Ling Ying.
Ketika didesak untuk membuat lapuran polis , Puan Ng enggan dan mengganggapnya itu adalah perkara kecil kerana kebocoran kertas soalan tersebut adalah disebabkan terkena STAPLER., dan tidak perlu peperiksaan ulangan ,tambahnya.
0 Ulasan