Jangan Pakai Iklan Bidvester

Jangan Pakai Iklan Bidvester

Jangan Pakai Iklan  Bidvester

Bidvester merupakan salah satu pengiklan antarabangsa yang membayar iklan dalam bentuk USD. Aku memang menggunakannya selain daripada Google Adsense.

Kelainan Bidvester ini ia mempunyai layer advertisement atau pop up advertisement yang memberi tambahan impak pada pengiklanan anda dan ia sudah tentu pengguna yang klik ke blog anda secara tak langsung terpaksa klik iklan tempelan automatik anda itu.

Sememangnya ia memberi pendapatan yang baik tetapi ia juga memberi kejatuhan trafik kepada anda kerana iai amat menggangu sekali.

Tapi anda mempunyai pilihan untuk disable pilihan tersebut. Namun apa yang aku nak cerita ialah Bidvester sekarang penuh dengan Malware yang bukan-bukan hingga blog anda kena banned dengan Google disebabkan Malware tersebut.

Malahan Babat.net iaitu ping blog yang terkenal di Malaysia pun dah banned blog aku.


Beberapa kali aku dapat amaran seperti gambar di bawah ini setiap kali aku letak iklan Bidvester ini. Walaupun aku dah buang semua fungsi pop up, layer dan segalanya. Aku hanya biarkan banner statik di blog namun ia tetap memberi impak buruk dikaca mata Google,

Jangan Pakai Iklan  Bidvester


Akhirnya aku terpaksa pakai Nuffnang semula hingga aku dapat fikirkan solusi masalah Bidvester ini. Google Adsense tak boleh pakai sebab akaun aku hanya hosted akaun sahaja..

Dah beberapa bulan pendapatan aku mengecil disebabkan masalah Bidvester ini. Impak kehilangan pendapatan agak besar kerana ia banyar dalam bentuk matawang USD...huhuhuhuhu.

Apa nak buat dah nasib....aku lebih sayangkan blog aku dari mana-mana wang yang ada. 5 tahun bersama blog aku ini adalah lebih besar dari semua wang didunia ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan