Wanita Islam Juara Great Britain Bake Off

Wanita Islam Juara Great Britain Bake Off

LONDON – Pemenang pertandingan membuat kek, The Great British Bake Off menerima pujian sebagai ikon Islam selain berjaya menambat hati warga Britain selepas memenangi siri realiti televisyen itu kelmarin.

Nadiya Jamir Hussain, 30, dari bandar Leeds, England mengharungi 11 sesi mingguan penggundian keluar untuk memenangi pertandingan itu selepas berjaya menawan hati panel juri dengan beraneka hidangan kreatif.

Dia turut menggeletek penonton dengan kepetahan dan memek mukanya untuk menjadi pilihan bagi memenangi program televisyen itu yang ditonton oleh 14 juta orang.

Persatuan Islam Britain menyifatkan Nadiya sebagai inspirasi kepada ramai penduduk Islam Britain terutamanya wani0ta Islam.

“Naidya amat berbakat dan saya seronok melihat seorang warga Britain beragama Islam menonjolkan bakat terbaik di negara ini,” kata naib presiden Persatuan-Persatuan Pelajar Islam Bersekutu, Zara Mohammed.

Dalam pada itu, Perdana Menteri David Cameron berkata, beliau meminati Nadiya, begitu juga Canselor George Osborne yang meluahkan kata-kata semangat kepada wanita itu .


Catat Ulasan

0 Ulasan