Persiapan Crew B FE2 AuoSunpower Ke Legoland

Persiapan Crew B FE2 AuoSunpower Ke Legoland

Persiapan Crew B FE2 AuoSunpower Ke Legoland
Persiapan ke Team Building Crew B FE2 AuoSunpower Ke Legoland telah pun selesai dan cuma yang tertangguh ialah T-Shirt sahaja.

Tinggal beberapa hari lagi kami akan pergi ke Legoland iaitu pada 22/11/2015 bersama lebih kurang 30 ahli Crew B FE2. Ramai juga yang tidak mahu pergi tapi mereka masih memberi sokongan dengan membeli T-Shirt Crew B kami.

Perancangan ke Legoland sebenarnya bukan sesuatu yang di rancang tetapi ianya dirancang secara spontan dengan Asst Supervisor aku dan kami akan jayakannya walau apa pun yang terjadi.
Persiapan Crew B FE2 AuoSunpower Ke Legoland
Sebabnya masa dah tak cukup, budget yang diberi hanya tinggal hingga hujung tahun ini sahaja. Mahu tak mahu apa jua perancangan yang ditetapkan harus diteruskan ...hehehehehe.

Perancangan pertama dan terpenting ialah membeli tiket dan syukur perbincangan dengan pihak manajemen Legoland kami dapat harga yang berpatutan.

Tiket pun dah kami perolehi melalui pos laju yang dikirim oleh mereka. Terima kasih pihak Legoland yang pantas dan cekap bekerja.

Manakala untuk bas pula, bayaran telah siap diuruskan lebih awal dan setakat ini tiada apa-apa masalah yang membimbangkan.

Banner merupakan kewajipan sebab hendak bergambar nanti menggunakan banner tersebut. Ianya juga telah selesai diuruskan oleh anak buah yang cekap.
Persiapan Crew B FE2 AuoSunpower Ke Legoland


Kini tinggal T-Shirt dan dijangka pada 20/11/2015 kami akan menerima T-Shirt tersebut. Aku berdoa agar semuanya dipermudahkan segala perancangan kami . Amin.

Catat Ulasan

0 Ulasan