![]() |
Hanis Menerima Hadiah Penolong Ketua Darjah |
Tahniah buat Tahniah Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (SKDHB) yang telah berjaya menghasilkan 12 pelajar cemerlang 5A berbanding 4 pelajar kalau tak salah aku pada tahun 2014. Manakala selebihnya 4A dan anak aku pula mendapat 3A 2B.
Dengan strategi guru besar yang baru iaitu Puan Hajah Asnah Binti Manab serta sokongan dari guru-guru yang lain mereka akhirnya mencapai keputusan yang terbaik. Kalau tidak salah aku Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (SKDHB) merupkan salah satu sekolah terbaik di sekitar kawasan Serkam Melaka dengan pencapaian kualiti 5A terbanyak peratusannya.
Di Melaka sahaja terdapat 65 buah sekolah tidak berjaya memperolehi 5A, oleh itu sekolah kampung iaitu Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (SKDHB) ialah sekolah terbaik.
Peningkatan yang mendadak berbanding tahun-tahun aku merasakan strategi penambahan kelas-kelas tambahan serta fokus kepada pelajar cemerlang. Kalau tak salah aku tiap-tiap minggu anak aku ada kelas tambahan dan belum lagi kelas malam.
Usaha sebegini bukanlah mudah kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi dari guru dan syukur alhamdulillah ia memberi hasil yang terbaik untuk Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (SKDHB).
Tahun ini adalah tahun terakhir anak aku akan di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (SKDHB) dan aku ucapkan selamat maju jaya kepada Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (SKDHB).
Terima kasih kepada semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (SKDHB).yang telah mendidik anak saya Hanis Binti Hanif hingga dia memperolehi keputusan yang cemerlang. Usaha semua guru-guru adalah terbaik dan usaha seterusnya dalah dari anak-anak murid..
0 Ulasan