KUALA LUMPUR – Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta) mencadangkan kerajaan mengenakan cukai ke atas perasa rokok elektrik atau vape agar dapat menjana pendapatan negara.
Ini kerana fungsi vape kini seakan-akan rokok selain menjadi trend dalam kalangan kebanyakan rakyat.
Presiden Mevta, Allan Foo berkata, adalah wajar jika kerajaan mengenakan cukai ke atas perasa vape yang mengandungi nikotin bagi menggantikan punca pendapatan cukai rokok yang menurun ekoran penggunaan vape yang makin bertambah.
Menurutnya, penjualan perasa vape di Malaysia amat menguntungkan dan menerima permintaan yang tinggi daripada pengguna.
“Saya ingin mengusulkan cadangan kepada kerajaan agar produk vape dikenakan cukai seperti mana rokok.
“Jika industri vape ini menjadi sah dan dikenakan cukai, saya percaya ia mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada negara,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

0 Ulasan