Gambar Letupan Musnahkan 6 Kereta LRT Taman Jaya Petaling Jaya

Gambar Letupan Musnahkan 6 Kereta LRT Taman Jaya Petaling Jaya








Dengar kata letupan dari bom. Harapan aku biarlah ia satu pembohongan. Biasalah rakyat Malaysia kan suka sensaikan cerita kecil jadi besar...

Biar pihak berkuasa uruskan masalah ini dan tunggu berita rasmi ini. Jangan viralkan benda macam ini dan menimbulkan ketakutan pada rakyat.

SHAH ALAM - Dua buah kereta musnah dan manakala empat lagi kereta hampir musnah selepas parkir kereta di LRT Taman Jaya, Persiaran Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya mengalami kebakaran kira-kira jam 1 petang tadi.

Pihak bomba dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 1.32 petang tadi.

"Kebakaran melibatkan enam buah kereta yang diletakan di parkir, Toyota Vios dan Proton Wira musnah 100 peratus; Suzuki Swift musnah 80 peratus; Proton BLM musnah 70 peratus; Proton Gen2 musnah 20 peratus dan Honda musnah 20 peratus,
" kenyataan itu dipetik.

Dalam pada itu, pihak bomba juga memaklumkan bahawa seramai enam anggota yang terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan