
Tamatlah sudah episod mengerikan di Langkawi. Berjalan tempat-tempat mengarut sepanjang hari.
Membuat aku jadi stress hingga terpaksa menegur kepala rombongan.
Hari ini kul 7.00am telah bergerak meninggalkan homestay dan menuju ke feri.
Setelah itu kami bersarapan di Alor Setar pada pukul 10.30am. Dan kemudian kami terus menuju ke Seberang Jaya untuk ke gerai Jeruk Pak Ali.

Dalam schedule kata lalu jambatan Penang yang baru dan lama. Tak lalu pun dan tak masuk Penang pun. It OK!!
Then kami pergi ke Bazaar Kemboja di Parit Buntar. Biasalah dah namanya Kemboja, jual macam-macam baju.
Selepas itu direct terus ke Cameron Highland tanpa henti dan makan dan sembahyang. Hebatnya!!!.
Kali terakhir makan pukul 10.30am hingga sampai ke Cameron Highland pukul 8.00pm langsung tak makan.

Hingga cucu kepala rombongan muntah-muntah. Masuk angin ler tuuu. Yang aku hairan, bas masuk ke kawasan rehat Sg. Perak tapi henti kat tandas Petronas..hihihi.
Yang tambah hairan, si kepala rombongan yang bawa ramai warga emas dan kanak-kanak tegur ler drebar suruh berhenti makan dulu. Tapi sonyap jer.
Aku malas nak tegur, karang kata aku lebih-lebih lak. Yang penting anak aku tak muntah pasal kau orang that fair enough!!!
Sambung balik...
Naik ke Cameron Highland dari Simpang Pulai dan drebar baik hati singgah jap ke persinggahan pertama iaitu coklat strawbery..yeahhhh!!
Sampai apartment pukul 8.30pm, kami ronda-ronda dan makan. Kebulur betui aku..hahaha.
Esok kita tengok macam mana lak..ahaks.

posted from Bloggeroid
0 Ulasan