
Pada 11.12.2015 (Jumaat) hingga 15.12.2015 adalah cuti-cuti Malaysia keluarga aku. Bercuti di Langkawi dan Cameron serta singgah ke Padang Besar/Pulau Pinang anjuran rombongan kampung Umbai dengan bayaran RM300 seorang agak murah.
So aku sekeluarga serta mak dan adik ipar aku menjoinkan diri.. Sepatutnya mak mertua aku ikut tapi tak berapa sihat diganti oleh adik ipar aku.
Persinggahan pertama ke Padang Besar ialah nak beli baju. Memang susah kalau badan sado ni...saiz tak der..hehehehe.
Nasib baik jumpa kemeja saiz 5XL yang secocok dengan aku. Tampak kacak lak...ahaks.
Selepas itu kami berangkat menuju ke Langkawi dan tiba di sana pada pukul 3.30pm. Lepak jap di homestay dan pukul 6.00pm pergi jalan-jalan dan makan.
Sampai hostel kul 9.00pm dan tengok tv sambil menaip blog ini.
Sok seharian akan jalan-jalan di Langkawi...selamat malam semua.

0 Ulasan