Kaki Wayang : Ipman3

Kaki Wayang : Ipman3


Hari ini kaki wayang melayan Ipman3, sambungan dari beberapa episod Ipman yang terdahulu. Lakonan Danny yang aku amat suka lakonannya..

Aku serius berikan point ranking 4.9/5. Kalau nak kasi 5/5 macam sempurna sangat lak...kikii

Cerita tetap sama iaitu berkisar tentang kekuatan ilmu pertahanan diri dari aliran kung fu Wing Chun.

Tetapi kelainan filem IPman3 ini ia buat aku nangis dan Ipman pun nangis dalam filem ini.

Dalam cerita, jelas memperlihatkan betapa hebat sekali pun kau, isteri kau juga yang paling hebat.. kau tetap kalah dengan mereka...kikiki.

Dalam filem ini Ipman meninggalkan segala-galanya dan menjaga isterinya yang sedang sakit kanser. Betapa sweetnya aku lihat kasih sayang mereka dan wahhhh!!! ia buat aku menangis...serius....

Kalau tentang pergaduhan pula, melihat Ipman bergaduh dengan Mike Tyson memang terbaik. Perlawanan 3 minit yang mendebarkan.

Melihat ipman berlawan dengan Muay Tai pun nampak hebat juga.

Belum lagi melihat beberapa siri pergaduhan berkumpulan dimana ipman terpaksa melawan berpuluh-puluh orang.

Akhir sekali, perlawanan hebat dengan rakan Win Chun beliau untuk bergelar Tuan Besar Win Chun.

Filem ini memperlihatkan kasih sayang dan aksi yang hebat. Wajib tonton oleh semua..

Catat Ulasan

0 Ulasan