Impian terbaru aku iaitu Tamron 16-300mm f/3.5-6.3 Di II VC PZD MACRO sebuah lensa telefoto yang aku rasa terbaik dalam jenisnya yang dikeluarkan pada Februari 2014.
Yang boleh diguna pakai tanpa perlu menukar lensa, lagipun harganya tidak terlalu mahal iaitu dalam anggaran RM2300. Iaitu harga mampu milik untuk pengguna/peminat telefoto.
Tapi perlu diingatkan ianya tidak sebaik lensa seperti 100mm f2.8 yang mempunyai kualiti imej yang terbaik. Tetapi ia sesuai diguna pakai secara santai bukannya secara profesional.
Lensa yang baik sudah tentu harganya mencecah ribuan ringgit jika kita mahukan imej yang baik. Kalau untuk aku aku mahukan beberapa lensa seperti wide angle lensa dan filter serta prime lensa yang terbaik dan berbagai lagi. Tetapi berbalik pada poket kita, Tamron 16-300mm f/3.5-6.3 Di II VC PZD MACRO adalah telefoto terbaik dan harganya pun bol;eh tahan juga...hehehhe.
Tapi yang pasti anda tidak perlu menukar lensa setiap kali nak ambil gambar, dengan 16mm serta maksimum 300mm amat mudah mengambil gambar dekat dan jauh.
Melalui pengalaman aku, yang mempunyai lensa 50mm-250mm memang best pakai tetapi bila nak ambil gambar grouping atau dekat memang bermasalah kerana minimum jaraknya ialah 50mm. Itulah masalahnya!!
Terpaksa tukar lensa 18-50mm atau prime lensa 50mm f1.8 jika nak ambil gambar . Penat...hehehehe.
Vibration Compensation adalah salah kelebihan Tamron 16-300mm f/3.5-6.3 Di II VC PZD MACRO yang mengelakkan gegaran ketika mengambil gambar dalam shutte speed yang rendah.
Kelebihan Tamron 16-300mm f/3.5-6.3 Di II VC PZD MACRO ialah keupayaan mengambil gambar makro dengan ratio 1:2:9 apabila kita zoom kepada 300mm. Dan aku sebagai peminat makro, rasanya ia termasuk dalam pakej..hahahahaa.
Untuk aku Tamron 16-300mm f/3.5-6.3 Di II VC PZD MACRO memang sesuai dibeli, belilah satu lensa untuk semua aktiviti sebagai jurugambar amatur.
Kalau nak jelaskan memang panjang so aku cadangkan anda membaca analisis yang telah dibuat oleh pakar-pakar ini- Klik sini
Spesifikasi Tamron 16-300mm f/3.5-6.3 Di II VC PZD MACRO
Lens Construction (Groups/Elements) 12/16
Angle of View 82°12' - 5°20'
Diaphragm Blade Number 7 (circular diaphragm)*
Minimum Aperture F/22 ~ F/40
Minimum Focus Distance 15.3in.(0.39m)
Macro Magnification Ratio 1:2.9 (at f=300mm; MFD 0.39m)
Filter Diameter ø67
Weight 540g (19oz)**
Length 3.9in (99.5mm)***
Diameter ø75mm
Accessory Flower-shaped Lens hood
Mount Canon, Nikon, Sony A mount****
RATINGS (OUT OF 5) | |
---|---|
Design | 4 |
Features | 4 |
Ease-of-use | 4 |
Image quality | 3.5 |
Value for money | 3.5 |
0 Ulasan