Dunia blog semakin berkembang dan sebagai blogger kita kena sentiasa mengejar apa jua teknologi yang membolehkan blog kit aseiring dengan dunia teknologi agar kita tak kehilangan pembaca.
Teringat selam 6 tahun berblogging, mula-mula kita disibukkan dengan facebook pages, twitter dan kemudian Google + dan kini pula telegram Channel.
Telegram tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah sebaris dengan Whatsapp yang semakin popular dikalangan pengguna media sosial masa kini.
Join Telegram Channel Hanif Idrus -- Photography/Blog For All
Baru-baru ini, Telegram telah memperkenalkan satu feature menarik yang dipanggil Channel atau lebih dikenali sebagai broadcast oleh Whatsapp.
Ini merupakan salah satu broadcasting baru yang telah diperkenalkan oleh Telegram untuk menghantar mesej kepada ahli yang lebih banyak.
KELEBIHAN TELEGRAM CHANNEL :
Keahlian dalam Channel tiada had limit.
Admin boleh create Channel sama ada secara private atau Public
Wujud link url invite yang memudahkan ahli untuk join channel.
Ahli yang masuk ke dalam channel akan dapat lihat ke semua post yang telah dipostkan dari awal hingga paling latest oleh admin channel.
Hanya admin sahaja yang boleh post dalam Channel.
Admin boleh melantik ahli yang lain dalam Channel untuk melantik admin yang kedua dan seterusnya.
Ahli hanya mampu melihat post terkini dari admin tanpa reply.
Pilihan telah diberikan sama ada mahu mute atau unmute apabila post yang telah di-update oleh admin.
Sekiranya admin delete post tertentu dalam channel maka post tersebut juga akan terdelete dengan sendirinya oleh ahli-ahli yang lain.
Setiap post yang di-update oleh admin, boleh dilihat berapa banyak views yang melihat mesej tersebut.
Itulah beberapa kelebihan yang ada pada Telegram Channel yang dilihat lebih menarik berbanding messaging yang lain.
Pengunaan Telegram Channel pun semakin meluas apabila beberapa page popular Malaysia mula menggunakan Telegram Channel bagi menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli yang lain.
Untuk pengetahuan---telegram channel Hanif Idrus jika hendak menjadi admin dan publish blog anda. Saya akan approvekan....tapi kita sama-sama jayakan channel ini
0 Ulasan