Bag Plastik Tidak Dibenarkan Di Melaka

Bag Plastik Tidak Dibenarkan Di Melaka


Cerita benar dimana Melaka menguatkuasakan beg plastik tidak dibenarkan pakai oleh peruncit-peruncit.

Berkuatkuasa pada 1 Jan 2016, sesiapa yang pergi membeli belah dan terpaksa mengengkek bawa barangan belian anda tanpa plastik itu adalah normal..hehehehe.

Kebanyakkan orang Melaka kini kalau pergi shopping kat dalam bag dia dah ada bag tambahan, nak letakkan barangan yang dia orang beli.

Penguatkuasaan ini aku lihat telah dilaksanakan di pasaraya besar cuma kedai runcit kecil belum lagi kot.

Selain itu polisterin juga tak dibenarkan guna dalam aktiviti pembungkusan makanan. Kalau kena tangkap, peruncit boleh didenda RM250.

Ramai peniaga dan tukar kepada pembungkus PP atau jenis oven tu ler..

Member aku yang berniaga pasar malam mengamuk sebab kos perbelanjaan semakin tinggi. Tapi apa nak buat., rules is rules.

Memang pada permulaannya dengan haramkan bag plastik dan polisterin agak menyusahkan tapi demi kebaikan planet bumi ini aku sokong 100%.

Melaka terdahulu dalam melaksanakan kempen hijau ini. Ia bukan sekadar kempen manis di mulut tapi dilaksanakan. Tahniah buat kerajaan Negeri Melaka.

Kepada pelancong yang datang ke Melaka, ingat bawa bag tambahan. Memang kat kaunter tu ada jual bag green tapi dia tekan harga lerrr..hehehehehehe.

Catat Ulasan

0 Ulasan