
Viral gak kat FB apabila Dato Seri Idris promosi model ...hihihihihi.
Biasalah Dato, buat baik pun kena paku. Untuk aku ini sebahagian promosi pelancongan Melaka. As a nation dengan pelbagai kaum, inilah tolak ansur yang terpaksa kita buat.
Tengok model yang cun-cun menyapu sampah quit interesting gak kan...hihihihi.
Sektor pelancongan Melaka mampu mendapat manfaat besar terutama dalam limpahan publisiti menerusi kunjungan ratu cantik dari seluruh dunia.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata pendekatan bijak mempromosi pelancongan negeri menerusi pertandingan ratu cantik berupaya meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan berjenama besar.
"Usah melihat pertandingan ini semata-mata sebagai mencolok mata, sebaliknya perlu melihat dalam konteks semangat sebenar untuk memajukan negeri Melaka.

"Langkah bijak mempromosi Melaka membawa limpahan rezeki terutama dalam sektor pelancongan di mana ratu cantik ini akan membantu mempromosi Melaka di negara mereka," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas pada majlis gotong-royong membersihkan bandar Melaka bersama finalis Miss Tourism 2015/2016 World di Jonker Walk di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 52 ratu cantik pelancongan di seluruh dunia mengambil bahagian membersihkan Jonker Walk sebagai simbolik pembersihan di bandar raya berkenaan.
Ditanya simbolik penganjuran program gotong-royong itu, Idris berkata mesej yang cuba disampaikan kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah kepentingan menjaga kebersihan di bandar raya bersejarah itu.
"Malulah kepada diri sendiri apabila ratu cantik dari seluruh dunia membantu membersihkan bandar raya ini. Pada masa yang sama kita ingin mengetengahkan kempen 'Don't mess with Melaka'.
"Kempen ini bukan kesombongan, kemegahan dan kegarangan, sebaliknya kempen yang menjurus kepada kebersihan untuk disampaikan kepada dunia," katanya.
Jonker Walk dipilih sebagai lokasi gotong-royong itu berikutan ada rungutan berhubung kebersihan lokasi pelancongan itu terutama dalam kalangan pelancong luar negara.

0 Ulasan