Selamat Harijadi Hanis Binti Hanif Ke 13

Selamat Harijadi Hanis Binti Hanif Ke 13

Selfie Pendaftaran Tingkatan Satu

Hari ini genap 13 tahun anak dara aku Hanis Binti Hanif  dilahirkan didunia ini. Selama 13 tahun ia menjadi anak yang baik dan menurut kata dan harapan aku biarlah ia berkekalan selamanya.

Dan tahun ini ia memeasuki alam tungkatan satu dan kini ia adalah anak remaja. Zaman yang paling merisaukan kepada semua ibu bapa bila anak-anak menjadi remaja ini.

Pergaulan dan persekitaran inilah yang akan membentuk dirinya. Jika tersasar kepada pergaulan yang salah maka salahlah ia dan menjadi remaja bermasalah. Jika pergaulannya betul maka , cerahlah masa hadapannya dalam mengharungi dekad-dekad yang akan mendatang.

Tetapi semuanya adalah dari dia, kita sebagai ibubapa boleh memberi ilmu dan tunjuk ajar tetapi selainnya adalah usahanya.

Lupakan semua itu yang penting Hanis Binti Hanif umurmu semakin meningkat dan ia haruslah seiring dengan kematangan dalam membuat keputusan di duna ini. Jangan lupa solat kerana ia adalah tiang agama dan juga asas dalam menjaga iman dan nafsu dunia ini.

Tapi jangan pula lebih-lebih hingga terpengaruh nak jadi pengganas IS lak..hehehehehe. Terlajak dari tajuk artikel...sori.

Mama dan Abah selalu sayang kamu. Jika kami marah itulah tanda kami sayang kamu. Marah kerana kami risaukan kamu. Jika perkara yang kecil pun kami marah jika itu pandangan Hanis sebabnya setiap ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Dan yang pastinya ia akan berlanjutan beberapa tahun lagi...hehehehe. Tapi ingat juga kasih sayang kami pada Hanis.

SELAMAT HARIJADI HANIS BINTI HANIF KE 13

Selfie juga 2014







Catat Ulasan

0 Ulasan