2016 Hanif Idrus Ingin 3,000,000 Pageview

2016 Hanif Idrus Ingin 3,000,000 Pageview

2016 Hanif Idrus Ingin 3,000,000 Pageview

Salah satu impian kaki blogger ialah mencapai pageview yang tinggi dan ianya memang memakan masa yang amat oanjang dan memeritkan.

Pertamanya ialah bagaimana menarik pembaca ke blog anda...dan proses ini amat memerlukan kesabaran kerana ia memakan masa bertahun.. Semenjak aku mula berblogging di tahun 2010, aku ambil masa 3 tahun untuk mempelajari blogging dari pengetahuan yang kosong.

Setiap hari melihat pageview paling tinggi pun 20 pageview hingga aku pernah menipu menggunakan aplikasi untuk menjana pageview..hehehehee.

Menanam angan-angan kosong dengan meletak pageview yang tiada nilainya ...Ahh!!! ketawa seorang diri apabila memikirkan mula-mula menjejak kaki ke alam blogging ini banyak tindakan kurang waras yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan pageview.

2016 Hanif Idrus Ingin 3,000,000 PageviewKemudian baru memahami untuk mendapatkan pegeview haruslah pergi ke asas iaitu blogwalking atau dinamakan sesi pengenalan sesama rakan blogger. Menjenguk blog mereka dan bertanya sapa dan beri komen dan kemudian mereka datang ke blog anda. Sehari target 20 blog dan sebulan dapatlan beratus blog!!! Memang penat nak jalan-jalan ke blog orang...hehehehe.

Kemudian dah ada rakan blogger, kita buat pula giveaway atau bertukar bloglist. Rupanya baru aku tahu bertukar link dengan blogger lain akan memberi external link yang memudahkan nama blog kita di enjin carian. Memang agak mewah juga pageview apabila nama kit adalam bloglist blogger-blogger lain...hehehe.

Kemudian setapak lagi mempelajari SEO, bagaimana spider atau labah-labah sesawang berfungsi dalam mendekatkan blog kita dalam enjin carian. Pelajari keyword, heading, pagejuice dan macam-macam lagi.
Ketika itulah belajar ping blog ke laman-laman SEO.


2016 Hanif Idrus Ingin 3,000,000 Pageview
Apabila belajar ping blog, mula kenali lama-lama ping blog Malaysia seperti pingbusuk dan kini dikenali babat.net. Dan ia terus menjana pageview yang aku inginkan. Pegeview mula meningkat sedikit demi sedikit.

Tindakan terakhir ialah aku menukar domain kepada .com dan pada mulanya trafik turun dengan pantas. Tapi lama-kelamaan ia mula mencanak naik.

Itulah sejarah bagaimana aku mengejar pageview untuk blog Hanif Idrus yang memakan masa bertahun-tahun... Dan 2016 aku menanam target sebanyak 3 juta pageview atau bahasa mudahnya setahun aku nak 1 juta pageview!!!!

Jika sebulan aku mendapat pageview 100, 000 ribu maka dalam masa 10 bulan aku akan dapat 1 juta pegeview!!!

Dan ia target yang realistik sebab sebulan aku boleh mencecah 100 ribu....Yang penting sekarang ialah bagaimana nak kekalkan momentum 100 ribu pageview sebulan...heheheheh



Catat Ulasan

1 Ulasan

sitirohaida berkata…
insya allah..moga tercapai hendaknya