Buku Khas ‘Najib Razak 40 Years 40 Pictures’.

Buku Khas ‘Najib Razak 40 Years 40 Pictures’.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang mempunyai kesabaran luar biasa dan tidak mudah memburukkan mana-mana pihak.

Katanya, dalam tempoh tiga dekad, beliau mengenali Najib sebagai majikan, rakan dan adik-beradik.

"Dalam tiga aspek ini, saya lihat banyak 'human interest' yang boleh dipaparkan mengenai keperibadian beliau.

"Beliau mempunyai kesabaran yang amat luar biasa dan keperibadian itu telah saya lalui bersama terutama ketika menempuh pelbagai ujian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku khas berjudul ‘Najib Razak 40 Years 40 Pictures’.

Buku itu diterbitkan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) sempena ulang tahun ke-40 Perdana Menteri dalam arena politik tanah air.

Naskhah setebal 112 muka itu memaparkan koleksi 40 gambar eksklusif daripada Pusat sumber NSTP serta koleksi peribadi Perdana Menteri yang sebahagiannya tidak pernah dipertonton kepada umum.

Buku berkenaan menelusuri perjalanan Najib sebagai pemimpin, bermula sebagai orang muda yang baru berjinak-jinak dengan politik, sehinggalah memegang tampuk pemerintahan negara.

Catat Ulasan

0 Ulasan