Kecoh ler Pasal 1.5 Juta Bangla

Kecoh ler Pasal 1.5 Juta Bangla


Aku pun tak faham kenapa kecoh bebenor rakyat Malaysia ini pasal kemasukan 1.5 juta pekerja Bangla ke Malaysia.

Pelbagai tohmahan timbul dengan mengatakan kerosakan akhlak pada anak-anak gadis kita kelak. Sebagai contoh dirogol oleh pekerja bangla ini.

Selain itu peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia terhimpit akibat di isi oleh pekerja bangla ini. Majikan sudah tentu akan mengambil pekerja asing kerana mereka dapat pergunakan secekapnya kudrat mereka dan tidak perlu nak pikir tentang KWSP.

Dari 1.5 juta sudah tentu ada yang mempunyai rekod jenayah dan pembawaan penyakit. Dulu TB dah lama tiada di Malaysia tapi kini mula menular semenjak ketibaan pekerja Myammar.

Kalau nak cerita keburukan pekerja asing memang cukup banyak. Tapi aku sokong Zahidi!!
Orang Malaysia ni memang malas..

Aku yang bekerja di sektor perkilangan sudah 22 tahun. Pekerja anak watan memang menyusahkan kerana kedatangan kerja memang hancur. Kalau m/c tu memang tak cukup kuota 14 hari.

Alasan tak datang kerana masalah keluarga sudah lali ditelinga. Belum lagi kira hantar anak, bini, suami dan macam-macam lagi. Tiap-tiap bulan lak tu.

Kerja peluh atau berat sikit mula mengeluh dan esok tak datang kerja samada berhenti atau ambil m/c.

Bila pekerja asing, aku cukup gembira sebab aku tahu mereka takkan m/c dan kalau OT memang mudah. Bukan aku sahaja tapi aku rasa semua orang yang pernah memegang jawatan penyelia kilang.

Mereka tahu peritnya menjaga anak watan kita yang malas dan sering ponteng. Tapi bukan semua anak watan kita macam tu cuma dalam 90 percent jer..

Lagi satu kalau kita risau pasal anak dara kita terpikat ngan bangla. Lalu pekerja asing wanita yang anak watan kita heret ke hulu ke hilir kau rasa keluarga mereka disana tak marah.

Berapa ramai anak watan kita termengandungkan pekerja wanita asing ini. Itu kau orang tak mahu ambil kira?

Kalau anak dara kita terpikat ngan bangla, itu memang salah anak kita juga. Apasal ler kau nak couple ngan bangla. Ini pun satu hal anak watan kita ni....hihihihi.

Kau ingat bangla tu nak berhijrah ke sini ker. Mereka pun tak mahu tapi terpaksa sebab keadaan ekonomi negara mereka teruk.

Kesimpulannya memang ada pro dan kontra apabila kerajaan benarkan kemasukan 1.5 juta pekerja asing.

Tapi kau orang janganlah lebih-lebih tunjuk keburukan jer. Gambar bangla peluk anak dara Malaysia, cerita gadis dirogol bangla dan sebagainya. Aku tahu memang betul cerita ini.

Tapi cerminlah diri kita dulu dan lihat adakah generasi sekarang mampu melakukan kerja yang akan dilakukan oleh 1.5 juta pekerja bangla ini.

Adakah masalah sosial yang dibawa bukan sahaja pekerja Bangla tetapi Indonesia, Myammar, Kemboja dan sebagainya bukan berpunca dari kita?

Kau orang belum start kerja, dah kecoh cerita tentang gaji. Aku fed up dengan kau orang ni...wira keyboard tanpa ilmu..

Wira keyboard di FB atau laman sosial. Aku rasa kau orang belum pernah berurusan atau bekerja dengan anak watan dan pekerja asing. So kau orang mencarut jer dalam laman sosial...

Aku ni hah!!!! 20 tahun kerja kilang ini tahu bagaimana sikap generasi kita ni di tempat kerja..pening bro...

Anak aku generasi Z pun aku rasa pun sama jugak. Kita terpaksa ambil pekerja asing ini...

Catat Ulasan

0 Ulasan