Kehilangan Samsung Galaxy J7

Kehilangan Samsung Galaxy J7

Kehilangan Samsung Galaxy J7

Berita yang menyedihkan aku kehilangan Samsung Galaxy J7 aku hilang!!! Memang sedih sebab aku banyak data dan aplikasi aku dah masukkan ke dalam telefon pintar Samsung Galaxy J7 ini.

Aku hilang Samsung Galaxy J7  gara-gara main game di Jayajusco AEON Melaka ler sama anak aku. Aku dan anak aku ada misi untuk tamatkan game tembak-tembak dan hampir jer nak habis tapi kurang 2 token ajer...huhuhuhu.

Mungkin terlalu eksited telepon Samsung Galaxy J7 aku tercicir. Aku pun satu hal letak telepon kat belakang seluar aku dan memang tak sedar dia dah hilang.


Mula-mula telepon tak ada angkat, telepon kali ke 17 langsung tak berbunyi...hehehehehe. Memang aku panik giler sebab semua maklumat ada dalam tu.

Facebook, Instagram dan Google semua boleh buka tanpa perlu password. Balik rumah aku terus tukar semua password semua laman sosial. Aku paling takut Google akaun aku sebab blog aku bol;eh diakses dengan mudah..... Buat dia deleted akaun Google aku, mahu menangis aku sebab blog aku yang berusia 6 tahun ini pun akan hilang sekali.

Selain itu password email kilang aku pun aku tukar sebab e-mail kilang aku pun ada kat dalam telepon tu.
Nuffnang pun aku tukar sekali sebab ia  pun auto open.....huhuhuhu.

Walaupun Samsung Galaxy J7 ini bukan full spesifikasi tetapi aku puas menggunakannya. Cukup ampuh teknologi Samsung Galaxy J7 ini. Tiada masalah pun ia berikan pada aku...

Memang sedih sangat ler tapi aku tak tunjukkan pada keluarga, kang risau lak. Akhirnya aku gunakan sementara handphone Sony Xperia Z2 wife aku ...hehehehe.

Handphone hilang memang banyak kerja, terpaksa telepon syarikat telco dan block semua panggilan. Dan kemudian kena pergi ambil sim card baru lagi...huhuhuhu.

Belum kira lagi kena beli handphone baru ganti Samsung Galaxy J7...hehehehehe.
Aku halalkan sahaja orang yang ambil handphone aku tu... kalau dia insan yang baik dia pasti telepon aku balik tapi manusia zaman sekarang ini faham-faham ajer ler.



Kehilangan Samsung Galaxy J7




Catat Ulasan

0 Ulasan