Curi Milo Kena Penjara 1 Hari Dan Denda RM200

Curi Milo Kena Penjara 1 Hari Dan Denda RM200

Kalau aku ada kat sana memang aku bayar jer denda tu. Mana ler ada RM200...kalau ada tak yah dia curi Milo tu...milo jer tuuu..

Rakyat mencuri kerana tekanan taraf hidup yang semakin melampau. Lihatlah!!!!! Ada lagi rakyat Malaysia yang tak mampu beli Milo.

Inilah negara maju yang kita nakkan? Menangis aku dalam hati ini membaca berita ini. Sekadar curi Milo, tuan punya kedai lepaskan jer ler..

No gambar dalam artikel ini...protes!!!

Ini kes yang curi berbillion rileks jer....duit kopi kasi lulus projek....senyum jer. Yang merana rakyat marhaen yang nak makan pun tak det duit..

Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur dua tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di sini.

Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S Sellamah, 36, yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara lima hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu.

"Maafkan saya Puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur dua tahun terlalu teringin minum Milo," katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan.

Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas Sellamah, ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di pasar raya KK Supermart & Superstore, Jalan Hang Lekir, Dang Wangi, di sini, pada 11.19 malam, 29 Februari lalu.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Mac. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar.

Catat Ulasan

0 Ulasan