Sepanjang percutioan kami di Jogjakarta Indonesia, tempat penginapan kami ialah di Hotel Jambuluwuk Malioboro.
Penginapan selama 3 hari 2 malam menelan belanja 2,400,000 rupiah atau RM800. Apa yang dapat aku katakan tentang hotel ini ianya memang terbaik. Layanan kelas pertama sehingga kau merasa terlalu dihormati sebagai tetamu di hotel ini.
Lobi hotelnya juga amat menarik dan kemas dengan hiasan rekabentuk Indonesia. Ada pusat jualan aneka barangan dan makanan Indonesia serta pelbagai hiasan dalaman yang lain.
Semasa daftarkan diri di hotel ini kita dilayan dengan baik dan penuh sopan santun. Aku memang akan ulang berkali-kali semua pekerja Hotel Jambuluwuk Malioboro Jogjakarta ini memang bagus sekali.
Dengan penginapan di hotel ini kami juga memperolehi sarapan pagi secara percuma dan kami mempunyai pelbagai variasi makanan yang menarik dan sedap pula tu. Makanan di Jogjakarta memang sedsap-sedap belaka.
Latar belakang tempat kami makan juga cantik dengan air terjun dan kolam mandi.
Kamar yang disediakan juga amat selesa, kami mengambil dua bilik twin bed tetapi ia mempunyai kemudahan yang bagus. Ada kerusi untuk bersantai dan meja untuk menulis serta rangkaian TV yag menyeluruh.
Selain itu disediakan air panas serta kopi dan teh dengan gula perang dan 2 air botol mineral.
Aku mencadangkan anda tinggal di Hotel Jambuluwuk Malioboro Jogjakarta ini kerana keramahan pekerjanya dan juga ia berdekatan dengan lokasi pusat pelancongan di Molioboro Street yang terkenal.
0 Ulasan