Rampas Pesawat Kerana Kekasih

Rampas Pesawat Kerana Kekasih

Rampas Pesawat Kerana Kekasih

Penerbangan tempatan Egyptair dari Alexandrian ke Kaherah dirampas sebentar tadi ( 28.03.2016) tadi dan kini mendarat di Cyprus kata seorang pegawai Mesir.

Menurut laporan, juruterbang pesawat itu telah diugut dan dipakaikan dengan peledak bom pada badannya kata Kementerian Penerbangan Awam Mesir.

Agensi berita negara itu turut melaporkan seramai 55 penumpang dalam pesawat itu dan tujuh anak kapal.

"Pesawat itu diletakkan di kawasan parkir kapal terbang dalam Lapangan Terbang Larnaca," jelas laporan itu.

Sumber negara Cyprus menyatakan perampas Egypt Air tiada kaitan dengan pengganas sebaliknya perampas itu hanya mahu menemui kekasihnya yang tinggal di pulau itu.

"Perampas itu mendesak supaya pesawat mendarat di Cyprus dan semua penumpang dilepaskan menunjukkan ia tiada kaitan dengan pengganas," jelas sumber itu.


Catat Ulasan

0 Ulasan