Selesai Persiapan Crew B AUOSunpower Ke Cameron Highland

Selesai Persiapan Crew B AUOSunpower Ke Cameron Highland

Crew B AUOSunpower Ke Cameron Highland
Persiapan untuk ke Cameron Highland untuk Crew B AUOSunpower telah pun selesai dengan menerima T-Shirt tempahan serta banner sebentar tadi.

Pembayaran bas pun selesai semalam dan detailed perancangan dipersetujui.

Aku cukup berpuas hati dengan T-Shirt design kami. Cukup gah dan kemas serta cantik. Yang penting aku muat pakai ...hihihihi.

Pada 1/4/2016 apabila kami semua telah menaiki bas maka betul-betul ler selesai persiapan kami. Berdebar juga dengan bas ini..takut terlewat macam tahun lepas..huhuhuhu. Tawakal jer ler..kita dah buat yang terbaik, Allah menentukannya..

Tapi aku akan gandakan folllow up dan reminder kat drebar bas ini juga agar tak terlupa..ahaks...

Selepas tu pula untuk pastikan segala agenda perjalanan kami berjalan dengan lancar.. Aku berdoa agar cuaca baik pada hari tersebut.

Apabila buat aktiviti outdoor ini, musuh utama kita ialah cuaca. Kalau hujan emmm....apa nak buat...hihihi. Tapi berdasarkan fenomena El Nino pada masa sekarang, cuaca memang baik dan panas....hahaha. Hopefully....

Doakan yang terbaik untuk Crew B AUOSunpower yek rakan-rakan.

Crew B AUOSunpower Ke Cameron Highland

Catat Ulasan

0 Ulasan