
Tadi aku terkejut menerima sms dari hotlink bahawa aku memperolehi 2GB percuma internet setiap Sabtu dan Ahad.
Fuyohhh!!! Menarik ini dan bolehlah aku download movie setiap minggu. Lalu aku terpaksa membuat siasatan.
Untuk pengetahuan aku setiap bulan ambil pelan internet 4GB setiap bulan dengan bayaran RM48. Dengan kekuatan telefon pintar 4G aku ini, aku perolehi 2GB 4g LTE dan internet 3G.
Rupanya pelan hotlink fast aku yang menawarkan perkhidmatan ini sehingga aku bisa perolehi 12GB sebulan termasuk 2GB sabtu dan ahad secara percuma. Kenyang aku...hehehehe.
Thanks Maxis.

BUTIRAN LANJUT HOTLINK FAST
Hotlink Fast memfokuskan kepada penawaran internet yang pantas – dimana mereka menawarkan gabungan penggunaan kuota pada rangkaian biasa dan juga rangkaian 4G LTE.
Daripada pakej yang diperlihatkan, langganan bermula pada harga RM30 sebulan untuk penggunaan 1GB + 1GB (4G LTE).
Menggunakannya, pengguna boleh menggunakan kuota 1GB pada sebarang rangkaian (2G/3G/4G) sementara satu lagi 1GB hanya terhad kepada penggunaan pada rangkaian 4G LTE sahaja.
Ini bermakna, jika anda berada di kawasan yang diliputi 4G LTE (yang mana dikatakan Maxis melangkaui 62%), maka anda akan dapat menikmati penggunaan kuota 2GB, sementara jika tidak atau berada di luar kawasan yang diliputi rangkaian 4G, maka anda hanya akan dapat menikmati 1GB data sahaja.
Pengguna turut perlu memastikan beberapa perkara lain sebelum melanggan pelan ini, termasuk mengubah kepada kad SIM 4G LTE Maxis Hotlink, dan memastikan peranti mudah-alih anda menyokong rangkaian 4G LTE.

1 Ulasan