Pertama kali bermain paintball adalah acara yang aku nantikan. Hari ini last kerja malam dan balik kerja terus ke tempat permainan paintball di Flashpoint Paintball Melaka.
Disertai oleh 3 kumpulan dari Crew B FE2 Auosunpower yang kebanyakan dari Crew B aku. Manakala kumpulan aku pula dipanggil The Debutan Shooter yang diwakili oleh Supervisor dari jabatan lain serta anak buah aku. Nasib baik anak buah crew B aku (Sashi) masuk join team aku ini, Kalau tak memang jadi belasahan ajer lerrr...hehehehehe.
![]() |
The Debutan Shooters |
So tadi kami 3 kumpulan iaiatu The Debutan Shooters, The Evolution seramai 14 orang telah berkumpul di kawasan latihan paintball. Sebenarnya pada 8/5/2016 ini, syarikat tempat kami bekerja ada pertandingan paintball. So aku dan rakan aku tangan gatal join ler aktiviti kilang kami AuoSunpower Melaka (#auospaintball). Lalu aku ajak anak buah aku join sekali main paintball lerrrr....hahahahaha.
Meman best main paintball tapi bila kena tembak mahu naik birit kulit kau,,,hehehehhe. Satu lagi stamina kau mesti ada ler, penat betul berlari sampai naik semput aku. Kami tumpukan perlawanan di padang sebab tournament kilang kami di padang.
Apabila pertama kali main sudah tentu kami jadi belasahan, tetapi banyak kami pelajari bagaimana nak pegang senapang angin dan teknik, Bolehlah kami hidup at least dalam 5 minit. Jadilah ler tu darpada tak sempat tembak kau dah KO kena tembak...hihihihihi.
Minggu depan kena berlatih lagi ini sebab banyak sangat kekurangan kami terutama dari segi komunikasi..huhuhuhuh.
0 Ulasan