
Kadang-kadang apabila kau buka FB mesti kau banyak terbaca kata-kata pujangga atau motivasi.
Memang bagus semua motivasi ini sebab tujuan motivasi pun untuk kebaikan kan? Tetapi ada satu niche motivasi yang aku menyampah nak baca.
Motivasi yang selalu terpampang menyuruh kita menjaga hati wanita...hehehehe.
Sikit-sikit suruh kita sayang dia, peluk dia dan jaga hati dia.
Semua orang ada FB kan, tentu dan pasti terbaca motivasi sedemikian. Betul tak?
Bukan aku tak suka tapi bila pula motivasi untuk lelaki? Amat jarang aku lihat ada motivasi kata sayangilah lelaki kerana mereka juga mempunyai hati yang rapuh...hahahaha.
Asik-asik kita jer si lelaki kena jaga hati pompuan. Yang tulis tu pun pompuan, nampak sangat femininisme mereka yang melampau.
Aku rasa yang tulis tu pun bukannya wanita yang memang bidang psikologi wanita tetapi anak-anak muda wanita yang terbuai oleh fantasi alam..ahaks. Tah-tah budak pompuan sekolah yang masih hingus lagi.
Tapi kalau orang dewasa yang tulis mungkin ia alami gangguan mental yang hauskan percintaan atau terlalu cerewet. Ini jenis wanita yang terlajak umur kot...emmmm.
Motivasi sedemikian bukanlah aku tak sokong tapi ada motivasi yang kadangkala, kami baca macam mengarut. Tapi untuk wanita yang baca mesti rasa sweet sangat kalau dapat realisasikannya.
Sebagai contoh, pompuan jer yang boleh marah dan kita kena sabar sebab mereka marah ditekan emosi. Lalu kalau lelaki marah bukan sebab ikutkan emosi.
Kenapa kita marah dan kadangkala terlebih marah sebab kita ikutkan emosi. Bukan pompuan sahaja ada emosi tetapi lelaki pun ada emosi juga.
Memang dari segi fizikal dan emosi lelaki dan wanita ini berbeza tetapi apabila terlalu motivasi fanatik yang mengelirukan dan membasuh pikiran remaja wanita yang mahukan angan-angan sebegini amatlah memalukan...
Hahahaha...siapa yang baca mesti panas. Sebenarnya aku jeles dengan motivasi atau petikan kata-kata do FB tak habis-habis pasal pompuan. Kami lelaki pun nak juga...huhuhuhu.
0 Ulasan