Motto Hari Pekerja 2016

Motto Hari Pekerja 2016



Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi merupakan motto 2016.

Sebagai sebuah negara yang membangun dan akan menjadi negara maju kelak. Motto ini adalah amat sesuai digunapakai.

Di zaman permulaan perindustrian, majikan berlumba-lumba mencari buruh kos rendah. Kemahiran adalah persoalan kedua kerana yang lebih penting adalah kos operasi. Kos operasi terbesar adalah buruh atau pekerja.

Seiring dengan perkembangan ekonomi dan teknologi negara kita berarah kepada perindustrian yang berimpak tinggi yang memerlukan tenaga kerja mahir.

Industri automatif, elektronik, plastik memerlukan pekerja mahir dalam mengendali mesin atau secara mudah memperbaiki dan memastikan mesin tersebut berjalan dengan optimum.

Pembuatan secara manual telah diganti dengan mesin automatik atau robotik atau mekanikal sudah tentu permintaan pekerja mahir ini semakin tinggi.

Negara kita jika tidak mahu ketinggalan, suka atau tidak harus menyediakan tenaga mahir ini.
Dan merekalah penggerak ekonomi yang berterusan kepada negara kita.

Catat Ulasan

0 Ulasan