Ulangtahun Perkahwinan Kami Ke 14

Ulangtahun Perkahwinan Kami Ke 14


Salam ulangtahun perkahwinan buatku dan isteriku untuk kali ke 14 tahun. Masa begitu cepat berlalu dan sedar atau tidak sudah 14 tahun kami bernikah.

Kami dikurniakan sepasang anak yang comel iaitu Hanis dan Haziq. Dan aku rasa 2 sahaja anak kami setakat ini, belum ada perancangan lagi..hahaha.
Tapi kalau tersasul, apa nak buat. Kami terima ajer.

14 tahun!!! Pelbagai peristiwa kami sebagai suami isteri lalui dalam harungi perkahwinan selama 14 tahun ini.

Tapi kebanyakkannya semuanya manis. Ada yang pahit dan masam tapi itulah adat perkahwinan. Lagikan laut bergelora, apatah lagi kita sebagai manusia pasti lalui pelbagai cabaran dalam kehidupan sebagai suami dan isteri.

Aku bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami sikapku. Tahu bila mood aku ni tak baik. Tahu bila mood aku baik. Itulah rahsia perkahwinanku, saling memahami emosi pasangan mereka.

Tapi umur 14 tahun ini masih muda lagi dan kami masih belajar mematangkan hubungan ini. Setiap hari ada sahaja yang kami belajar dalam memperbaiki hubungan ini.

Cabaran sebagai suami dizaman moden ini memang mencabar. Apatah apabila pasangan kita bekerja dan mempunyai pergaulan dengan rakan-rakan wanita, tugas kita sebagai suami memang mencabar dan tercabar.

Kita sebagai suami kena banyak bertolak ansur dan lebih diamkan diri apabila isteri meleter..hehehe. Itulah ramuan yang aku pakai selama 14 tahun ini dan aku rasa itu juga ramuan yang diguna oleh semua suami moden.

Bukannya kita takut tapi malas nak panjangkan cerita. Isteri tetap sebagai isteri..iaitu berleter pada suami dan anak-anak. Itu lumrah kimia mereka dan hak istimewa mereka sejak turun temurun.

Kedua, wanita yang bergelar isteri dan lelaki yang bergelar suami pun mesti kawal pergaulan. Masa muda mereka bebas keluar ke sana ke mari tapi bila berkahwin kenalah kawal pergaulan dari segi percakapan dan pergaulan.

Itu adalah tanggungjawab sebagai isteri dan suami. Aku bertuah kerana isteri aku bijak menjaga pergaulannya sebagai isteri.

Ramai yang mengatakan bahawa aku yang mengongkong isteriku tapi sebenarnya isteriku yang bijak mengawal kebebasannya...hehehehe.

Aku bertuah kerana tidak alami masalah sebegini... Cuma aku pula memang perlu kena kawal ler..kalau biarkan makin menjadi..hahaha.

Dan aku tak kisah dikawal kerana suami dan isteri perlu dikawal kalau tidak berkecamuk. Tapi kawalan itu mestilah seimbang. Manusia perlu dikawal dan tanpa kawalan hancur sistem samada rumahtangga atau negara.

Aku sentiasa berdoa agar kami tetap bersama hingga nafas terakhir. Dan aku berharap rindu dan kasih sayang kita umpama penyakit yang tiada ubatnya. Biarlah ia menjadi penyakit yang berpanjangan hingga ia menjadi kudis.

Aku bukannya suami yang sempurna, terlalu banyak kesilapan yang lakukan dari dulu dan aku tidak berjanji tidak akan melakukan kesilapan lagi.
Namun kasihku padamu tetap membara dan ribut yang melanda ia tetap menyala dihati ini.

Lelaki tetap lelaki, kurang bijak menunjukkan kasih sayangnya. Tapi percayalah jika engkau terluka akan ku bakar dunia ini mencari ubatnya.

Ok ler..cukuplah untuk artikel ini, menyampah lak kau orang nanti membaca...hehehehehe.
Bini aku baca juga blog aku, so kena ler puji lebih-lebih sikit...

Catat Ulasan

0 Ulasan