
Hari ini aku dijemput untuk menjadi admin Telegram Channel World Photograph. Sukanya aku...hehehehehe.
Telegram Channel World Photograph ini merupakan sebuah laman yang dicipta oleh @abhiali. Aku rasa dari India kot, aku tak tanya ler..
Disebabkan aku sering hantar gambar ke laman Telegram Channel World Photograph ini hingga beliau tak larat layan aku maka dia tawarkan aku jadi admin.
Tidak besar ahlinya cuma 149 peserta tapi ia satu signifikan iaitu aku adalah jurugambar. Sedih dengar kan....huhuhuhu.
Dengan platform Telegram Channel World Photograph aku berharap dapat kembangkan dan berkongsi gambar aku didalam channel ini.
Seronok tengok apabila pageview kau hingga 80 orang melihat gambar kau yang tidak seberapa ini. Kita sebagai jurugambar freelance ini kepuasan sesuatu gambar yang kita ambil ialah apabila orang mengatakan "cantik gambar kau amik Nip".
Bukan mahu kepujian tapi penghargaan sahaja. Bukan senang nak ambil gambar dengan setting yang tertentu. Berpeluh dan masa yang digunakan untuk ambil sekeping gambar hanya mereka bergelar jurugambar sahaja yang ketahui.
Belum lagi masa yang dikira untuk edit gambar yang diambil. Tapi aku tidak suka mengedit terlalu melampau, hanya crop dan sharpness sahaja aku edit. Aku suka yang original kot.
Atau aku tak tahu guna photoshot..hehehehehe.
Thanks to Telegram Channel World Photograph yang bersifat global kerana mempercayai saya sebagai admin. Tugas yang berat kerana terpaksa memastikan channel ini diupdated dari masa ke semasa. Tetapi dengan 7 tenaga kerja maka ia boleh direalisasikan.
Dan aku harap channel ini akan terus berkembang dan lebih ramai yang menyumbang gambar. Kita boleh belajar idea baru dari setiap gambar yang disumbang.
Aku menyeru jika ada rakan-rakan dari Malaysia yang ingin menyertai Telegram Channel World Photograph dialu-alukan.
@telegram.me/WorldPhotographs

0 Ulasan