Sebuah pesawat EgyptAir dari Paris ke Kaherah, Mesir dilaporkan hilang dari radar.
Syarikat penerbangan EgyptAir, melaporkan kehilangan itu menerusi laman Twitternya, @EGYPTAIR sebentar tadi.
Pesawat yang membawa 59 penumpang dan 7 anak kapal itu berlepas dari Paris pada pukul 11.09 malam waktu tempatan, menuju ke Kaherah.
Kata EgyptAir, pesawat berkenaan yang sedang terbang pada ketinggian 37.000f itu didapati hilang dari radar selepas memasuki ruang udara Mesir.
Sebuah pesawat EgyptAir yang dipercayai hilang dengan 59 penumpang dan 7 anak kapal mungkin terhempas dalam laut.
Demikian kata, sumber rasmi syarikat penerbangan EgyptAir dan Penerbangan Awam Mesir hari ini.
Sebelum ini, EgyptAir melaporkan pesawat MS804 terbang dari Paris ke Kaherah hilang dari radar di Laut Mediterranean.
Sementara itu, akhbar Mesir, Ahram pula menyatakan bahawa tiada sebarang panggilan kecemasan dari kapal terbang tersebut dan komunikasi terakhir dengan juruterbang pada kira-kira 10 minit sebelum pesawat itu hilang. -
![]() |
Senarai Penumpang |
0 Ulasan