Gambar Gua Formasi Ais Tercantik dunia

Gambar Gua Formasi Ais Tercantik dunia

Gunung Luyashan

Sebuah gua ais di sini menjadi tarikan ramai apabila mempunyai formasi ais yang menakjubkan selain tidak pernah cair.

Saintis percaya gua ais Gunung Luyashan yang terletak di daerah Ningwu, Shanxi itu telah terbentuk ketika zaman ais lebih daripada tiga juta tahun dahulu.

Meskipun pada musim panas, ais yang terbentuk tidak pernah cair sekali gus menyebabkan ia sentiasa dikunjungi ramai pelancong.

Setiap hari dianggarkan seramai 1,000 orang pengunjung melawat gua tersebut dan mereka tidak melepaskan peluang mengambil gambar pelbagai bentuk ais yang terdapat di dalamnya.

Penyelidik berkata, bentuk gua itu memerangkap udara sejuk berikutan laluan sempit sekali gus menyebabkan sebarang pemanasan ketara tidak boleh berlaku.

“Gua ini sangat cantik dan kami tidak sabar untuk melawatnya secepat mungkin,” komen seorang pengguna internet.
Gunung Luyashan


Gunung Luyashan

Gunung Luyashan

Catat Ulasan

0 Ulasan