
Salam hari guru untuk semua guru-guru. Guru umpama lilin yang membakar dirinya untuk memberi ilmu kepada kita. Guru sentiasa bersabar dengan karenah anak murid mereka yang mempunyai pelbagai peel yang tersendiri.
Belum lagi dikira pelbagai timbunan kerja oleh pihak Kementerian yang sering membuat para guru mengeluh.
Belum lagi dikira pelbagai undang-undang yang terikat ditangan mereka dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak murid mereka.
Tapi itu semua bukanlah satu halangan, rezeki yang dicari dan tanggungjawab sebagai guru harus digalas dengan penuh semangat.
Setiap tahun kita menyambut hari guru kerana kita tahu selain dari ibu bapa yang harus kita hormati, gurulah di tangga seterusnya.
Kejayaan kita bermula dari guru kita. Janganlah kita bercerita tentang kejayaan anda hingga ke bulan. Cukuplah aku katakan, kejayaan anda boleh membaca dan mengaji pada hari ini semuanya berpunca dari guru.
Tahun ini anak aku bersemangat nak beli hadiah untuk guru mereka. Aku dan ibu mereka layan ler..

Jom baca artikel Objektif Hari Guru:
Guru Pembina Negara Bangsa telah dipilih sebagai tema Hari Guru 2016. Tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Tahun ini Hari Guru 2016 akan jatuh pada 16 Mei 2016 dengan tema - Guru Pembina Negara Bangsa. Majlis pelancaran sambutan Hari Guru 2016 ke 45 peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 16 Mei 2016 di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah.
Objektif Hari Guru Malaysia
Berikut adalah objektif diadakan Hari Guru :-
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


0 Ulasan