Kaki Wayang hari ini menonton filem keluaran Marvel melalui kesinambungan siri iaitu X-Men yang kali ini bertajuk X-MEN APOCALYPSE.
Kali ini memang berbelah bagi samada nak tengok filem X-MEN APOCALYPSE atau Angry Bird yang sedang ditayangkan serentak ini. Sebagai pilihan selamat aku bertanya pada anak aku dan mereka semua memilih X-MEN APOCALYPSE.
Nasib baik mereka pilih filem X-MEN APOCALYPSE, aku malas nak tengok filem kartun ini. Atau aku dah mendidik anak aku menonton filem aksi dan ganas berbanding Angry Bird yang pasti mempunyai nilai moral dalam setiap wataknya...?
Apa yang dapat aku katakan dalam filem Marvel ini ialah aksinya. Rating filem ini aku berikan 4/5. Seperti aku katakan dalam filem keluaran Marvel, salah satu kelebihannya ialah aksinya yang melampau.
Tanpa aksi melampau maka ia bukan filem Marvel. Itulah kekuatannya dan aku gunakan sebagai menilai ranking dalam filem ini.
Dalam filem ini aku rasakan aksinya dalam durasi 20 - 40 minit sahaja.Maksimum yang terbaik ialah pergaduhan antara X-Men dengan ahli-ahli Apocalypse. Selain itu banyak bercerita tentang ujudnya ahli-ahli baru X-Men yang memakan masa yang lama.
X-MEN APOCALYPSE sudah tentu mempunyai nilai moral yang terletak pada Profesor X dan Magneto. Pergolakan perasaan Magneto apabila melihat anak dan isterinya mati terbunuh. Profesor X yang masih yakin manusia dan mutan masih boleh bersatu.
Tapi aku kagum dengan watak Oscar Issac yang memegang watak Apocalypse yang memang gerun lihat wajahnya dan kekejamannya. Memang menjadi watak jahatnya. Terbaik.
Dalam filem X-MEN APOCALYPSE ini , Jean Grey telah mengeluarkan kuasa Phoenix nya dalam mengalahkan Apocalypse hingga beliau tidak mampu mengubati dirinya. Teringat episod penamat X-Men bergabung dengan manusia melawan Magneto dan Jean Grey dan akhirnya mati dibunuh oleh Wolverine.
Tapi aku agak konpius dengan watak Night Crawler yang telah muncul awal dalam filem X-MEN APOCALYPSE. Jika kita kaji semula semua sembilan filem X-Men ( rasanya), Night Crawler hanya muncul dan ditangkap oleh Jean dan Storm ketika ia cuba membunuh Presiden Amerika. Ketika itulah baru mereka mengenali Night Crawler. Ada percanggahan dalam filem sebelumnya.
Sebagai peminat X-Men dan keluaran Marvel memang aku ingat semua peristiwa yang berlaku setiap dalam filem tersebut. Tapi kalau aku salah maafkan aku yek...hahahahaha.
Walau bagaimanpun filem X-MEN APOCALYPSE ini mempunyai soundsystem yang baik apatah lagi kalau anda tonton menggunakan ATMOS DB...pehhhh meletup surrounding bunyi di pawagam.
0 Ulasan