
Hari ini pada tarikh 8.5.2016 adalah hari pertandingan paintball kilang tempat aku bekerja iaitu Auosunpower Melaka.
Latihan yang dilakukan untuk pertandingan ini. Inilah usaha kami...macam best bunyi ini...hahahaha.
Perlawanan permulaan kesemua team akan bertanding sebanyak 4 kali. Dan nasib kami agak malang kerana ketemu team power. Tapi that ok bro..
Pertandingan pertama, kemenangan adalah milik kami. Untuk pengetahuan pertandingan paintball ini menggunakan skema ambil bendera di tengah sempadan dan bawa ke base pihak musuh.
Sebaik sahaja anda sentuhkan bendera di base pihak lawan maka anda dianggap menang.
Memasuki pertandingan kedua hingga ke empat kami dibelasah oleh pihak lawan. Frust juga tapi itulah adat permainan.
Sebagai pasukan, kerjasama dan komunikasi amat penting dan kami gagal dalam hal ini dan menyebabkan kekalahan kami.
Mungkin kami baru lagi dan belum jumpa kordinasi kumpulan kami. Apa nak buat tak ada nasib untuk menang kali ini.
Tapi yang penting kami gembira sepanjang pertandingan ini. Dan team kami iaitu The Debutant Shooters akan berlatih lagi untuk asah skill kami. Kata member aku kat London selalu pesan aku " Practice Make Perfect".
Gambar kumpulan aku memang aku tak ambil sebab siapa nak ambil. Aku ambil team lain jer..huhuhu.
Gambar nanti aku masukkan dalam artikel lain lerr..hehehehe

0 Ulasan