Akhirnya aku sudah menemui punca pishing dalam blog aku ini iaitu berpunca dari laman iklan yang aku tampal di website aku ini. Mengikut sejarah aku dengan laman iklan ini iaiatu Bidvester ini , aku memang dah tahu kerja dia ini...hahahaha.
Bagaimana aku memeriksa pishing yang berlaku di blog aku ialah aku menggunakan perkhidmatan carian dari aplikasi File Viewer.
Anda cuma perlu masukkan URL blog anda dan ia akan cari spam , malware atau pishing yang mengganggu kehidupan kau hingga menyebabkan trafik kau jatuh menjunam!!!
Setelah kau masukkan URL kau dan kemudian ia akan keluar senarai panjang semua potential yang sebabkan blog kau kena sabit kesalahan oleh Pak Google atas kesalahan pishing.
Dan aku menjumpai dua HTML yang aku lekatkan di blog aku sebagai iklan. Aku suka guna laman Bidvester ini sebab ia ada pop up yang pembaca terpaksa klik tetapi ia juga mempunyai kelemahan dimana semua iklan yang bukan-bukan pun keluar.
Syarikat ini bukan ambilkira samada pelanggan dia buat spam ker tidak. Semua dia kaut, janji sesiapa yang menggunakan perkhidmatannya bayar dan kau pula tengah mencari pengiklan yang boleh membayar dalam bentuk USD , daftar dan masukkan dalam blog kau..Padan muka kau Hanif.
Sambung balik!! Setelah anda kenalpasti sumber pishing anda. Aktiviti mendeletekan ia dari blog anda harus dilakukan.
Tapi ia belum selesai lagi!!
Anda kena beritahu Google yang anda dah buang semua pishing dari blog anda, Anda kena guna aplikasi yang disediakan oleh Google seperti dibawah ini. ----Klik Sini
You MUST submit to Google using the Report Error form. You can delete your entire site, scrub every file off the server, move to a new hosting account and Google is still not going to remove the warning until you submit.
You really need to submit each of the specific URL(s) Google has flagged. Start by checking under Security Issues in your Search Console account, in many cases Google will provide some sample URL(s) but, Google likely is not going to provide all of them. If Google has provided URL(s) first make sure they 404 or are clean, enter those (one by one) in the Report Error form and Submit. You also want to submit your homepage, www and non-www version if applicable.
Nampak tak masalahnya, kau kena submit satu persatu artikel kau yang kena cekik dengan pishing ini . Dan untuk pengetahuan melalui pemeriksaan aku dengan Pak Google aku mempunyai 330 pages yang kena impak!!
Tapi kalau anda rajin buatlah tetapi ada cara lain iaiatu anda harus pergi Google Web Master Tools dan pergi security issue seperti gambar dibawah ini...hahahahahaha. Alah bergurau jer, takkan kita nak buat yang susah pula.
Tapi pastikan kau orang dah daftar ke Google Webmaster Tools.
Tick bahagian yang kawasan bulat tu dan kemudian Request a Review dan ia akan mengambil masa 72 jam sebelum Google reply jawapan anda. Contoh dibawah ini.
Maka selesailah masalah anda dan kemdian Google akan kasi anda email melalui Google Web Master Tools nanti seperti contoh dibawah semasa aku kena gam dengan Google pasal Malware. Itu pun kerja Bidvester. Ingatkan dah insaf tapi buat lagi!!
Sekian Terima kasih . Inilah artikel paling panjang....
0 Ulasan