Analisa Lengkap PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar

Analisa Lengkap PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar


Tahniah buat BN yang memenangi PRK di kedua-dua kawasan Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kemenangan sudah tentu disertai dengan sorakan kegembiraan dan kekalahan sudah tentu diiringi kesedihan. Itulah lumrah setiap pertandingan.

Mengikut analisa secara amnya, kemenangan BN menandakan sokongan rakyat semakin kuat. Terutama di kawasan panas Sungai Besar yang dijangka mengalami sengit tapi rupanya tidak apabila dilihat majoriti BN mengatasi PAS dan Amanah dengan baik.

Jumlah undian BN ialah 16,800 manakala PAS sebanyak 6902 dan Amanah 7609 undian. Jika PAS dan Amanah bergabung, BN tetap akan menang. Ini adalah tanda aras BN mendapat kepercayaan pengundi Melayu.

Pertelingkahan PAS dan Amanah memperlihatkan melayu sudah bosan dengan mainan politik. Dan suka atau tidak mereka harus memilih parti yang stabil iaitu BN.

Perpecahan PAS dan Amanah jelas terlihat dengan jumlah perbezaan undi yang kecil antara mereka. Jika PAS tidak cepat mengambil tindakan PRU14 ini, PAS pasti kalah teruk dengan parti baru setahun jagung ini.

Malah di Sungai Besar, PAS sudah kalah dengan Amanah!!!

Terima kasih PAS dan Amanah kerana anda BN boleh memenangi PRK kali ini.

PAS bukan dalam senarai pertama lawan BN lagi. Yang pasti PAS kena berfikir samada nak bergabung dengan BN atau tidak?

Dalam PRK ini, kita dapat melihat perubahan pengundi Melayu semakin kuat kepada BN. Dan aku jangkakan pada PRU14, kebanyakkan kawasan PAS akan di rampas oleh BN.

Cuma kini BN harus berhati-hati dengan Parti Keadilan Rakyat yang masih kukuh. Jika PKR juga goyah maka sudah tentu pengundi Melayu akan terarah ke BN.

Manakala kawasan bandar yang di rampas oleh BN memperlihat ramai Melayu dipinggirkan dan di anak tiri. Potensi kawasan bandar mengalami kemorosotan undi Melayu terutama untuk DAP akan dijangkakan.

Ya..dibawah kepimpinan Najib hidup rakyat kais pagi makan pagi memang tidak dinafikan serta beberapa menteri yang macam budak-budak tak baligh bila bersuara memang menjadi agenda rakyat menentang BN.

Itulah yang perlu di baikpulih oleh BN. Pilih pemimpin yang bijak dan penasihat Najib jangan nak membodek sahaja. Bantu PM anda.!!!

Tahniah Buat BN. Dan aku sentiasa di belakang mu BN.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar :-

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, 61 tahun (Amanah) : 4,883 undi
Dr Najihatussalehah Ahmad, 50 tahun (PAS) : 5,684 undi
Datin Mastura Yazid, 55 tahun (UMNO-BN) : 12,653 undi
Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) : 54 undi

MAJORITI : 6,969 undi.

Berikut adalah keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar, Selangor 2016

BN (UMNO) : Budiman Mohd Zohdi, 44 tahun : 16,800 undi
PAS : Dr Abdul Rani Osman : 6,902 undi
AMANAH : Azhar Abdul Shukur : 7,609 undi

MAJORITI : 9,191 undi

Catat Ulasan

0 Ulasan