
Berbuka puasa hari ini di Windmill. Semenjak puasa ini belum buka kat luar mana-mana lagi.
Setakat pergi ke bazar ramadhan 3 atau 4 kali ada ler. Selainnya makan di kilang ler..hehehehe.
Tapi pendapat aku makan kat rumah lagi best ler. Sekali kau pergi bazar ramadhan mahu perabih berpuluh ringgit juga. Kalau makan kat luar mahu mencecah lagi berpuluh-puluh ringgit..hahaha.
Tapi sesekali bulan puasa ini, apa salahnya kita menjamu selera yang sedap-sedap. Kalau ada kemampuan kita pergilah makan luar. Sebenarnya bulan puasa ini, adalah alasan untuk kita makan sodap-sodap.
Untuk aku bukan sebab kita ikutkan nafsu tetapi bulan ramadhan ini adalah alasan untuk menjamu diri ini dengan makanan yang luarbiasa..
Kalau harapkan hari biasa, jarang kita makan luar kecuali ada event harijadi atau dapat bonus. Inilah keistimewaan bulan puasa di Malaysia.
Rugi jika bulan puasa ini kita tidak merasa pelbagai makanan yang jarang-jarang ada di pasaran..hahahahaha.
Kalau ikutkan pandangan ramai, jangan membazir. Untuk aku pembaziran adalah membeli makanan terlebih banyak...itu membazir.
Windmill menjadi pilihan kerana chicken chop mereka adalah yang terbaik. Aku dah mencuba makan semua kedai chicken chop di pasaran tetapi Windmill tetap terbaik.
Yalah...macam makan burger. Mc Donald punya burger paling sodap. Sama macam Windmill yang mengkhusus pada makanan barat dan sudah semestinya trademark mereka ialah Chicken Chop.
Selamat berbuka puasa buat semua.....

0 Ulasan