Buka Puasa Di Vivo Pizza

Buka Puasa Di Vivo Pizza

Buka Puasa Di Vivo Pizza
Rasanya ini kali kedua aku buka puasa di Vivo Pizza. Tahun lepas buka puasa bersama isteri.

Tahun ini bawa anak-anak dan mak mertua berbuka sama. Tujuannya ialah nak membeli belah baju raya anak-anak aku kat Jaya Jusco Melaka.

Alang-alang dah keluar tu, berbuka ler sekali di sana. Tapi masa membeli belah aku tak ikut, malas ler nak ikut. Mahu tahap bosan tahap gaban...hahahaha.

Sementara mereka membeli belah, aku layan wayang cerita Independence Day....hahahaha.

Habis jer, aku bergegas ke Vivo Pizza. Sebenarnya kami tak minat nak lepak sana sebab harganya terlalu mahal.

Lagi pun Pizza dia tak sehebat Pizza Hut. Yang menambah tak best, sos yang diberi sikit sangat. Kita orang Malaysia ini, makan pizza mesti nak sos.

Lagi satu alasan, kami bawa mak mertua. Mana makan makanan barat ini. Plan asal nak makan di row six yang sediakan makanan tradisional Indonesia. Tapi penuh lak...huhuhuhu.

Kasihan lak tengok mak mertua aku makan sikit jer. Kek pun kunyah sikit. Bawa orang lama ini tekak nak makan nasi jer...hahahaha. Tapi apa nak buat semua restoran penuh..

Tapi anak-anak aku belasah lain macam jer. Pasta tu dia makan macam makan mee ajer. Aku pun tak sentuh pasta tu sebab tekak tak ler layan

By the way, customer service Vivo Pizza terbaik kalau nak bandingkan Pizza Hut yang hancur lebur. Sampai trauma aku nak makan kat Pizza Hut.

Catat Ulasan

0 Ulasan