Tip Balik Kampung Yang Paling Mengarut

Tip Balik Kampung Yang Paling Mengarut


*1* : Kunci pintu, hidupkan TV dan RADIO kuat2, letakkan sliper (sliper jepun lbh ok) tak perlu byk sgt, dalam 20-30 pasang. Supaya PENCURI takut masuk, biar dorg ingat saudara dari kampung dtg dan brkumpul, Kalo sliper ilang biasalah. dah risiko kan, yang penting PENCURInya Tak masuk rumah. Kalau ragu dengan tips no 1, next tips Ke 2

*2* : Matikan lampu dan selak sikit langsir,ikat dan gantungkan bantal guling dengan bentuk seperti pocong gantung diri dkt langsir yang terselak sikit tadi. Gerenti PENCURI MengPostpone niatnya sbb masuk rumah pocong. Masih ragu dengan tips 1 dan 2.. rilekkkk, masih ade tips no 3.

*3* : Pasang Papan atau signboard didepan rumah, tulis tulisan "RUMAH UNTUK DIJUAL" atau "RUMAH INI DISITA BANK"
Kompom PENCURI tuh xjadi masuk, rumah bermasalah kan? Masih ragu2 dengan Tips nombor 1 2 dan 3, masih ada Tips no 4 yang paling hebat dan stunt...

*4* : Pergilah ke balai polis dan pinjam Police Line (Garis polis). Pasang di sekeliling rumah, belilah 2-3 ekor ayam hidup untuk prepare buat rendang, sembelih ayamnya dan jangan lupa percik kan darahnya disekeliling rumah. Seolah2 rumah telah berlaku pertumpahan darah atau pembunuhan., sure, PENCURI tak akan mendekat dgn rumah yg ade kes pembunuhan berdarah-darah plakk. Dah 4 tips tuh.

Tadi tu aku amik kat What Apps .memang lawak ler.. Bawah ni yang betul..

7 TIP BALIK KAMPUNG YANG BETUL

1. Kunci Semua Pintu & Tingkap
Bukan hanya pintu masuk dan pintu belakang harus dikunci. Tetapi pintu bilik tidur, stor dan bilik air harus juga dikunci. Laluan masuk oleh hamba Allah tu ada bermacam cara. Boleh jadi melalui tingkap atau bumbung rumah. Jangan tinggalkan kunci pendua di dalam rumah yer. Takde maknanya kunci semua tapi ada kunci pendua pula ditinggalkan. Senang kerja hamba Allah tu nanti.

2. Tutup Suis Elektrik dan Gas.
Penting sebelum balik kampung tutup semua suis untuk mengelakkan berlaku sebarang kecelakaan seperti kebakaran. Selain itu pastikan kepala gas di dapur dicabut sebagai langkah pencegahan. Jangan lupa lak!

3. Maklum Jiran Tetangga
Maklum jiran anda yang tidak balik kampung tentang ketiadaan anda sepanjang musim perayaan, Pastikan anda mempunyai nombor telefon jiran anda dan minta jiran anda menghubungi anda segera sekiranya ada apa-apa perkara yang mencurigakan. Kenali jiran anda! Masih ada yang belum tahu nama jiran mereka kan?

4. Pastikan Alat Keselamatan Berfungsi
Sekiranya rumah anda dipasang alat keselamatan seperti CCTV atau alat penggera, pastikan ianya berfungsi dengan baik. So, senang korang leh pantau secara online. Malah hamba Allah tu pun agak risau nak bertandang ke rumah yang dipasang dengan CCTV dan alat penggera keselamatan. Sekarang harga pemasangan dah murah. Mampu milik.

5. Jangan Tinggalkan Barang Berharga
Jika anda mempunyai barang beharga seperti barang kemas, wang tunai, ladtop dan sebagainya jangan sesekali tinggalkan di dalam rumah semasa korang balik kampung. Bawa je semua barang-barang berharga tu balik kampung sekali. Baru senang hati balik kampung. Tak risau dah kan?

6. Daftar Rakan COP
Korang tahu tak apakah Rakan COP ni? Rakan Cop merupakan inovasi baharu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibangunkan bertujuan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak polis. Antara maklumat dan aduan adalah seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, balik kampung dan lain-lain maklumat. Best kan? So tunggu apa lagi.. Daftar cepat ! (Klik di sini untuk daftar)

7. Baca Doa
Sebaik-baik penjaga adalah Allah swt. Sebaik-baik pelindung juga Allah swt. Maka itu doa jangan lupa. Berserah kepadaNya 100% kemudian baru berusaha. Insya Allah dipermudahkan urusan kita. So before tinggalkan rumah tu bacalah doa elak kecurian seperti di bawah.

أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ

Ertinya: Aku letakkan kamu dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa juga yang berada dalam pemeliharaanNya

Catat Ulasan

1 Ulasan

Afif Rayyan berkata…
Cam nak tergelak pun ade bila baca tips nie.. ehehe