
Orang kata malang memang tak berbau. Malam tadi aku kemalangan kecil gara-gara teknik lompatan gagak tahap tujuh yang gagal.
Ceritanya begini, malam tadi aku balik rumah mak aku. Dalam hati terngiang-ngiang nak cuci kereta ker tak nak? Akhirnya semasa dalam perjalanan aku membuat keputusan cuci kereta ahhhh!!
Sampai umah mak aku, aku tak matikan enjin kereta sebab aku nak buka pintu gate rumah. Dan nak masukkan kereta sebab nak cuci kereta.Mak aku tak der sebab dia sedang pergi sembahyang terawih.
Dalam kelenggokan aku ke pintu gate rumah aku, tiba-tiba aku melihat kereta aku bergerak sendiri.
Tak sempat aku buka pintu gate, aku berlari ke kereta aku yang sedang bergerak. Aku menggunakan tahap kuasa maksimum mengejar kereta aku.
Aku berjaya membuka pintu kereta tapi aku tak sempat masuk dan jatuh disisi kereta sambil tangan memegang stereng kereta.
Sambil keadaan jatuh, aku berusaha menggunakan tangan menekan brek kereta. Disebabkan tangan aku tak begitu panjang, maka kereta aku terus meluru ke depan menyeret aku dan melanggar tiang 'haddeck' balai raya.
Bengkok tiang tu dan jatuh di celah-celah pintu kereta aku yang terbuka.
Aku bergegas bangun dan terus gostan kereta aku. Lutut aku terasa pedih dan aku lihat..mak aiii rabak dah lutut aku semasa diseret di jalan tar dan menambah kepedihannya ia berlaku semasa aku tengah pakai seluar pendek jer...huhuhuu.
Nasib baik jiran aku nampak dan perkara pertama dia buat ialah buang tiang balai raya 'haddeck' tersebut.
Aku tengok keadaan kereta tak teruk, cuma plat kereta teruk pecah. Boney depan sikit bengkok. Ada cat yang calar sikit....hummm.
Syukur alhamdulillah tak ada apa-apa yang teruk berlaku pada kereta aku. Yang parah ialah aku...
Rupanya semasa aku parking kereta aku, aku lupa nak tukar gear automatik aku dari D ke P. Kesilapan yang paling banggang bagi pemandu yang mempunyai lesen 17 tahun..!!!!
Tapi aku amat bersyukur, tak der kereta kat depan kereta aku semasa pelanggaran berlaku dan tiada manusia yang dilanggar. Kereta aku cuma melanggar tiang ajer.... Aku amat-amat bersyukur.
Dan setiap musabah yang Allah turunkan pasti ada hikmahnya. Dan aku kena muhasabah diri di saat ini.
Sikit jer Allah kasi kat aku ni..Luka kat lutut jer. Kereta kau OK jer... Itu pun kau tak tahan nak tanggung pedihnya.. sekejap ajer Allah nak tarik nikmat kau.

0 Ulasan