Pembayaran Domain Hanif Idrus Di NetKL

Pembayaran Domain Hanif Idrus Di NetKL

Pembayaran Domain Hanif Idrus Di NetKL
Baru kejap tadi aku selesai membayar langganan domain NetKL yang sepatutnya di bayar selama 1 tahun tapi aku bayar sekaligus untuk 2 tahun.

Aku mula berjinak menggunakan domain semenjak tahun lepas pada bulan July 2015 setelah berblogging selama 5 tahun. Masa berfikir yang lama sebelum menukar domain sendiri dan membuang blogspot dan diganti hanya .com.

5 tahun berfikir kerana melalui blogspot pagerank aku PR2 dan semua internal dan external link telah aku buat untuk blosgpot ini. 5 tahun punya kerja, bayangkan berapa bayak pagejuice yang aku dapat melalui bloglist rakan-rakan blogger serta bermacam lagi.

Dan paling aku takut ialah kehilangan trafik dan memang benar aku kehilangan trafik yang teruk ianya hanya bersifat sementara sahaja. Da trafik aku mula berada di landasan yang betul setelah beberapa bulan.

Dan paling ditakuti oleh semua blogger apabila menukar domain ialah perkhidmatan oleh syarikat domain ini. Ada yang terperangkap dengan kualiti rendah syarikat web hosting/domain hingga kadangkala website anda tidak boleh dibuka kerana server syarikat hosting/domain anda sering buat hal.

Lagi hawau, kalau kita hantar ticket minta penjelasan. Feedback yang diterima amat lambat sekali .

Tetapi dengan NetKL aku tidak menghadapi masalah sebegini. Belum pernah aku mengalami kesukaran mengunakan perkhidmatan NetKL. Dan  semua maklumbalas aku dihjawan dengan cepat.

Aku amat berpuas hati dengan perkhidnatan NetKL dan tanpa segan silu aku tambah lagi 2 tahun.
Aku cadang pada semua blogger kalau nak pakai domain sendiri gunakan perkhidmatan NetKL ini.

Aku bukan agen affiliate NetKL, ..hehehehehe.





Catat Ulasan

0 Ulasan