
Selamat Hari Raya buat semua. Bagaimana persiapan hari raya anda semua.
Seperti biasa apabila ditanya 99.8% semuanya akan menjawab " tahun ini beraya sederhana sahaja".
Itulah ayat klise yang sering kita gunakan, dan apabila dihitung jumlah maksud "sederhana" ia mungkin mencecah beribu-ribu ringgit...hahahaha.
Sama macam aku ler..beribu-ribu gak habis. Nasib baik tahun tak cat rumah. Cuma fokus beli baju raya dan untuk anak-anak serta tambahan langsir baru idaman isteri aku.
Persiapan akhir ialah membeli barangan basah untuk masak memasak hari raya ini.
Sekarang ini pun aku berada di Pasar Besar Melaka sedang menunggu mak aku membeli sotong katanya..hehehehe.
Yalah ler tu...dari sotong ada jer tambahannya. Aku terpaksa tunggu dalam kereta sebab ..mak oiii..kesesakan kereta dan kesesakan orang dalam pasar memang teruk...huhuhuhu.
Sempat ler buat artikel ini sementara tunggu mama aku membeli barangan basah.
Persiapan akhir hanya berakhir apabila raya menjelma. Persiapan akhir ler yang paling penat, ada jer yang terlupa dan penambahan yang harus dilakukan.
Tinggal lagi 2 hari sebelum raya menjelma. Aku dah terasa penatnya. Ini baru layan mama aku ini. Belum lagi layan persiapan akhir isteri aku..ahaks.
Nasib baik aku cuti 2 hari sebelum raya. Sepatutnya aku kena kerja hingga malam mantai. Tapi last minit cuti lerrrrr...mood raya...
Selamat hari raya buat semua dan berhati-hati memandu untuk persiapan akhir hari raya ini. Jalan memang cukup sesak..
0 Ulasan