Salam merdeka buat negara yang kucintai Malaysia pada 31.8.2016 ini.
Jika ditanya berapa tahunkah Malaysia sudah merdeka. Aku pun tak tahu, yang aku tahu kita merdeka pada tahun 1957. Tolak ler 2016. Dapat ler jumlah negara kita merdeka.
Tetapi pentingkah berapa lama kita sudah merdeka. Sepatutnya kita bertanya apakah pencapaian negara dan rakyatnya dalam tempoh kemerdekaan ini.
Kita bersyukur, berbanding zaman permulaan kemerdekaan hingga kini. Negara kita telah berubah sepenuhnya. Rakyat kelas menengah merupakan kelas tertinggi di Malaysia berbanding kelas bawahan.
Sistem pendidikan kita berjaya memupuk bijak pandai di negara ini. Hingga boleh aku katakan ramai anak-anak Malaysia paling rendah pendidikannya ialah mempunyai Sijil atau Diploma. Satu anjakan pemikiran yang baik untuk Malaysia.
Bercerita tentang melayu, kini lebih ramai melayu maju dalam dunia perniagaan hingga ada yang mempunyai konglomerat sendiri. Tahniah anak melayu yang dahulu kerja kampung atau pekerja untuk bangsa asing.
Kejayaan demi kejayaan kita terukir indah dimata dunia. Dahulu sesiapa pun tak kenal Malaysia. Dan baru-baru ini Olimpik 2016 kita berjaya perolehi perak dan gangsa yang tidak pernah datuk moyang kita impikan, kita berjaya lakukanya.
Sejarah Malaysia ada manis dan pahitnya. Pencerobohan komunis yang berlanjutan bertahun-tahun berjaya kita tamatkan. Itu kejayaan terbesar kita.
Semuanya kita pernah merasai samada dalam ekonomi, sukan, hiburan dan segalanya dalam persada pentas dunia.
Tapi berjayakah kita mempertahan nilai-nilai kemerdekaan negara ini. Terutama melibatkan nilai kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua bangsa di Malaysia.
Nilai harmoni negara kita semakin goyah. Itulah nilai kemerdekaan 2016 ini. Jika ditanya pada aku, mengapa aku kata nilai kesatuan bangsa Malaysia semakin goyah?
Tanyalah pada mereka yang lahir 60an hingga awal 80an. Apakah perbezaan penyatuan bangsa yang dapat kita lihat?
Jauh sangat dengan situasi sekarang. Itulah yang membimbangkan melihat nilai penyatuan bangsa Malaysia semakin terhakis.
Diharap sempena Kemerdekaan Malaysia 2016 ini, kita semua tenunglah sejarah panjang Malaysia dalam mengharungi manis pahit hingga berjaya pada masa kini.
Renungilah impak kegoyahan masyarakat majmuk ini jika kita tidak menjaganya dengan baik. Kita pun sudah ada contoh terdahulu pergaduhan kaum zaman nenek dan datuk kita.
Jangan kita terikut dengan obses perkauman yang dijentik oleh parti politik yang berkepentingan. Fikir dan renung dalam-dalam......

1 Ulasan